28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Orang Melayu mesti sedar propaganda jahat DAP

(Ismaweb) – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) membantah keras propaganda media bertujuan mengelirukan orang ramai sebagaimana berlaku dengan manifesto PH pada PRU-14, yang diketahui pembohongan belaka.

Merujuk kepada paparan muka depan akhbar rasmi DAP keluaran Mac/April tahun lalu, Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata, ternyata ia penuh dengan muslihat dan tidak seperti apa yang kelihatan.

Muka depan laporan akhbar ROKET edisi Bahasa Melayu keluaran Mac/April 2019 itu menyatakan DAP menjunjung dan taat Perlembagaan Persekutuan.

Kononnya DAP dikatakan hormat kesucian Islam; akur kedaulatan Raja-raja dan kedudukan istimewa Melayu; jaga kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan; kecam Israel, pertahan Palestin; serta bersama Pakatan Harapan menjamin hak Bumiputera di Semenanjung, Sarawak dan Sabah di samping hak-hak sah semua kaum.

Haji Rashidi berkata, apa yang dinyatakan sebenarnya bertentangan agenda asal, ia berniat jahat dan dapat dibuktikan melalui koleksi ucapan pemimpin mereka yang sering kali mempertikaikan perkara berkaitan dengan Ketuanan orang Melayu.

Katanya lagi, fakta itu boleh dibuktikan seperti pertikaian DAP pada Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Tanah Rizab Melayu, mereka mempertikaikan hak ini hanya khusus untuk orang Melayu dengan tidak mempedulikan bangsa lain dan ini dikatakan rasis.

Seterusnya Perkara 153 yang mana DAP jelas tidak bersetuju dalam banyak bahagian pada Perkara 153 dan ini dibuktikan apabila ramai kaum Cina di negeri Perak menuntut hak milik tanah sehingga 999 tahun.

“DAP sengaja memperbesarkan isu ini di kalangan mereka dengan percubaan menggambarkan bahawa bangsa Melayu ini berlagak tuan kepada bangsa lain yang bukan Melayu.

“Sebenarnya tindakan agresif DAP dalam hal ini telah memakan diri DAP sendiri. Ini kerana propaganda itu bagaikan memberi peluru kepada bangsa Melayu untuk mengingatkan kepada kaum pendatang ini bahawa Tanah Melayu ini sememangnya adalah milik mutlak orang Melayu,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Haji Rashidi berkata, secara realitinya, perundangan dalam Perlembagaan berkenaan dengan kepentingan Melayu adalah berdasarkan kepada kedaulatan bangsa Melayu.

“Tetapi ia dialih maksud kepada Ketuanan Melayu untuk menampakkan unsur-unsur diskriminasi orang Melayu terhadap bangsa lain yang bukan Melayu.

“Mereka cuba mengelirukan orang ramai dengan propaganda jahat isu Ketuanan Melayu dalam agenda Malaysian Malaysia manakala perjuangan selainnya merupakan diskriminasi kaum.

“Maka rakyat terutamanya orang Melayu harus sedar betapa DAP ini sentiasa mahu mempersalahkan dan mempersoalkan segala yang berkaitan dengan isu Ketuanan Melayu kerana bagi mereka, tidak wujud soal Ketuanan Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan