24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Peguam Dakwa Jakim Sebar Fahaman Ekstremisme Disiasat Polis

Eric Paulsen pertikai khutbah jakim

Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mendakwa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremisme di negara ini.

Eric menerusi catatannya di Twitter menuduh Jakim menyebarkan fahaman pelampau itu pada setiap Jumaat.

“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia,” katanya menerusi Twitter pada Jumaat.

Susulan kenyataan negatif itu, pihak polis kini memulakan siasatan terhadap peguam berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan maksud tuduhannya bahawa penyebaran itu dilakukan pada setiap Jumaat.

Namun umum mengetahui bahawa pada setiap Jumaat umat Islam akan mendengar khutbah yang mengandungi ajaran dan nasihat keagamaan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Dakwaan Eric itu ternyata mengundang reaksi netizen yang kebanyakkannya marah dengan tindakanya menyentuh sensitiviti umat Islam.


Sementara itu dakwaan Eric terhadap Jakim dan umat Islam turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter.

Menurut Khalid, kenyataan tidak bertanggungjawab itu akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan. @PDRMsia akan siasat di bawah Akta Hasutan,” tulisnya di Twitter pada Sabtu.

Eric ialah pengasas bersama dan pengarah eksekutif Lawyers For Liberty.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada peguam pasukan pembelaan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://twitter.com/EricPaulsen101/status/553430524572602368

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...