29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Peguam, keluarga Anwar enggan ulas kebenaran terima pakar dari AS, UK

Peguam kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya enggan membuat kenyataan berhubung kebenaran yang dikeluarkan Jabatan Penjara kepada anak guamnya itu untuk menerima rawatan daripada kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS).

Latheefa_Koya

Beliau hanya akan membuat kenyataan tersebut selepas menerima kebenaran daripada ahli keluarga Anwar berhubung laporan dimana pakar perubatan dibenarkan menjalankan rawatan dan prosedur operasi terhadap sakit yang dialami Anwar.

“Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan selagi ahli keluarga Anwar belum buat kenyataan, tunggu sahaja kenyataan akhbar yang akan dikeluarkan keluarga Anwar atau daripada saya selepas mereka keluarkan kenyaataan,” kata Latheefa ketika dihubungi.

Bagaimanapun anak kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika dihubungi hari ini turut menyatakan pendirian yang sama, enggan mengulas perkara itu buat masa ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan membenarkan Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh, Selangor menerima rawatan daripada pakar perubatan luar negara seperti yang diminta keluarga beliau sebelum ini.

Kerajaan menurut Dr. Zahid juga boleh membenarkan United Kingdom (UK) membawa kumpulan doktor pakar yang sesuai termasuk pembantu perubatan bagi memberi rawatan ke atas Anwar.

Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu kepada dua pemimpin kerajaan UK bahawa Anwar telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya, selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara bagi merawatnya di Malaysia.

Penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK, Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel, Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada Anwar semasa beliau bertemu mereka secara berasingan pada Selasa dan Rabu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.