Pemuda UMNO Pimpinan Najib Selamatkan Mahathir Dan UMNO 1987 - pakdin.my

Imbas kembali apa yan pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1987.

Masih ingat apabila Mahathir berulangkali mengatakan bahawa Najib berhutang dan “beliau masih terhutang budi kepada dia”?

Mahathir, yang mempunyai reputasi legenda kerana “mudah lupa Apanama” seolah-olah telah lupa kejadian 1987.

Jika pada masa itu, Najib tidak memberi sokongan kepada Mahathir dan bukan Ku Li, mungkin jangkamasa beliau menjadi Perdana Menteri lebih singkat dan beliau tidak begitu diibgati dan dikenali seperti sekarang.

Jadi, jika Tun M boleh mengatakan Najib terhutang budi kepada beliau, Najib juga boleh mengatakan yang sama!

Dan jika beliau mahu mengingatkan orang lain untuk menunjukkan rasa syukur, beliau perlu juga menunjukkan kepada orang lain rasa terima kasih yang sama juga.

Dua hari lepas, Najib mengingatkan Mahathir bagaimana dia telah menyelamatkan UMNO selepas ia dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987.

Disaat jelas bahawa “80 peratus” anggota parti menentang kepimpinan Mahathir, beliau berkata sayap Pemuda Umno yang diketuai yang menyelamatkan Mahathir daripada krisis.

“Pemuda Umno mengadakan mesyuarat, di mana saya dikemukakan ribuan keahlian baru kepada Mahathir. Itu adalah permulaan sejarah bagi Umno Baru di mana ia akhirnya dapat ditubuhkan, ” katanya Najib.

“Jika tidak, Umno Baru akan hancur, seperti istilah orang barat ‘stillborn’. Tetapi kerana sumbangan sayap Pemuda, Umno telah diselamatkan” kata Najib

Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram apabia keputusan mahkamah untuk mencabar pemilihan parti 1987, di mana parti itu berpecah kepada dua pasukan.

Mahathir memenangi jawatan presiden parti dengan majoriti tipis 43 undi mengatasi pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah.

Tuntutan mahkamah, menyebabkan Umno dibatalkan pendaftarannya. Walaupun Mahathir membentuk Umno (Baru), Tengku Razaleigh menubuhkan parti serpihan Semangat 46 dan bersama pembangkang untuk beberapa tahun.

UTAMAPOLITIKPemuda UMNO Pimpinan Najib Selamatkan Mahathir Dan UMNO 1987

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium