Petaling Street: Wisma Putra Dijangka Panggil Duta Besar China - pakdin.my

Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.
Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.

Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dijangka akan dipanggil oleh Wisma Putra berikutan kenyataannya yang dilihat sebagai campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia.

Difahamkan perjumpaan yang ditetapkan pada Isnin ini ialah bagi mendapatkan penjelasan daripada Dr Huang berhubung kenyataan yang dibuat semasa lawatannya ke Petaling Street pada Jumaat, demikian menurut pegawai Wisma Putra pada Sabtu.

Difahamkan Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai arahan tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam lawatan kerja ke New York.

Dr Huang telah dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

“Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street.

Dr Huang juga memberi amaran bahawa Beijing tidak takut untuk menyuarakan bantahan berhubung insiden yang mengancam kepentingan negara, melanggar hak-hak rakyat untuk menjalankan perniagaan, atau mengganggu hubungan antara Malaysia dan China.

UTAMAPetaling Street: Wisma Putra Dijangka Panggil Duta Besar China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium