#PRNJohor: Pengerusi SPR harap sekatan dilonggarkan - pakdin.my

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berharap sekatan kempen dilonggarkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Kebimbangan bahawa perhimpunan awam boleh membawa kepada penularan Covid-19 menyaksikan kempen disekat teruk ketika PRN Melaka pada November dan PRN Sarawak pada Disember.

Ketika ditanya dalam temu bual bersama RTM mengenai peraturan berkempen pada PRN Johor, yang mesti berlangsung pada atau sebelum 23 Mac, Ghani berkata SOP itu masih dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita berada dalam Fasa 4 (pelan pemulihan negara), jadi bagi saya, ada kemungkinan Kementerian Kesihatan dan MKN akan bersetuju dengan saya bahawa perlu ada pelonggaran sekatan,” katanya.

“Ia bergantung kepada KKM … tapi kalau boleh longgarkan sedikit sekatan, Alhamdulillah.

“Kami difahamkan mereka (parti politik) mahu berkempen, tetapi jika anda tanya saya, secara keseluruhannya, calon sekurang-kurangnya boleh mengadakan walkabout dan bertemu orang ramai di kedai kopi dan pasar.”

Beliau menambah, memandangkan PRN Johor akan menjadi yang pertama di mana pengundi berumur 18 hingga 20 tahun akan mengundi mengikut Pindaan Perlembagaan 2019 yang menurunkan umur mengundi daripada 21 tahun, beliau jerasakan bahawa calon perlu memperkenalkan diri mereka kepada pengundi muda.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kira-kira 6% daripada 2.5 juta pengundi di Johor terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Terdapat larangan ke atas semua ceramah dan perhimpunan sosial semasa PRN Melaka pada November. Di Sarawak, ceramah hanya dibenarkan di 64 kawasan yang tidak mempunyai liputan internet, dengan perhimpunan terhad kepada dua jam.

SPR akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya Johor.

BACA juga:

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNJohor: Pengerusi SPR harap sekatan dilonggarkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium