Pakar tuduhan melulu, Rafizi Ramli ‘kantoi lagi’ apabila terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa kontraktor pelaksana bagi Expo Negaraku 2017 adalah abang kepada Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Sekali lagi Ahli Parlimen Pandan itu mengakui melakukan kesilapan apabila tanpa segan silu serta bukti, terus menamakan Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rahman.
Rafizi membuat tuduhan itu dalam satu siaran langsung sidang media menerusi Facebooknya pagi tadi.
“Saya sudah periksa, Raslan bukan abang kepada Rahman,”.
Susulan itu, Naib Presiden PKR itu membuang rakaman video dari laman sosialnya, berkemungkinan untuk menghilangkan bukti.
Kejadian bekas penuntut jurusan kejuruteraan itu membuat tuduhan tanpa usul periksa sudah acap kali berlaku.
Pada Jun, Rafizi pernah menuduh dua wanita yang bernama Florence Goh, didakwa mempunyai kaitan dengan Godfrey Group Ltd yang dikatakan membayar seorang pelobi pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebanyak RM1.07 juta.
Namun Rafizi dilaporkan masih menyimpan niat untuk mendedahkan perkara yang sama pada esok.
Sejurus itu, Rahman mengeluarkan kenyataan untuk membawa pengasas pertubuhan INVOKE itu ke muka pengadilan.
“Rafizi sengaja mereka cipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.
“Ini membuktikan beliau adalah seorang ‘pembohong tegar bersiri’ dan saya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang undang,” kata Ahli Parlimen Belud itu, Isnin.
Kne Betindak Dgn Cpat, Jgn Kaci Ruang Kpd Pembohong Bersieat Munafik,
Putar alam punya orang. Celaka.
Dah dah lah fitnah……. mati tak kira masa .takut tak sempat mohon maaf ….
Putar alam shah,
Hahaha INI PULAK UNTUK ADMIN
ANJING
TULANG
GONGGONG
TK DPT TULANG
MENYALAK…
Kita nengok lepas ni ….
Caper yg gonggong tin….
Caper yg dpt tulang….
Caper yg menyalak……
Anjing gonggong sotong
Eh angin plak. Dah memang kantoi die bohong. Pastu marah plak macai. ni admin kena bagi coverage priority ni. Manalah tau die kuar statement “sy bergurau saje”
Untung sotong sbb masih ramai macai bingai yg percaya