25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes 'insider trading' Kenchana Petroleum

Seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau ‘insider trading’ manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya.

Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011.

Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad.

Chee, 56, dan Tan Yee Chee, 46 dituduh bersubahat dengan Yeow, bekas rakan niaga, Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya Sekuriti diwakili oleh Roz Mawar Rozain.

Jika sabit kesalahan ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Hakim mahkamah sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan permohonan suruhanjaya sekuriti untuk perbicaraan bersama.

Beliau juga membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Yeow dengan dua penjamin dan RM800,000 setiap satu untuk Chee dan Tan.

Zulqarnain juga menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes.

sapura-kencana-petroleum-insider-trading

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan