Ramai orang tidak tahu komoditi utama negara hancur ditangan Mahathir #pakdin.my

Apabila Mahathir cuba buat kerja mengarut membuat spekulasi Pasaran Timah pada peringkat awal dia mula menjadi Perdana Menyeri – akhirnya pasaran timah komoditi utama negara runtuh dan industri perlombongan bijih timah pupus di Malaysia dan menimbulkan dua kali ganda kadar pengangguran.

Akaun rahsia Maminco mengalami kerugian besar dengan wang yang dipinjam (sebanyak RM1.6 bilion sedangkan rizab antarabangsa kita hanya USD4b) dari Bank Bumiputra.

Kerugian ini rahsia dan beliau tidak berani untuk mengumumkan kerugian, dia terpaksa menyembunyikan perkara ini tetapi terus menjelaskan pinjaman bagi menutup masalah.

Untuk itu beliau mewujudkan satu lagi syarikat rahsia untuk memindahkan saham dan keuntungan KWSP dan Bumiputra di bawah Dasar Ekonomi Baru untuk membayar balik Bank Bumiputra.

Selama tiga tahun, Mahathir tidak berani mengakuinya tetapi akhirnya terpaksa mengakuinya dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1986 apabila didesak oleh Ku Li dan Musa Hitam – faktor yang menyumbang kepada mencabar kepimpinan UMNO 1987.

Ya, 7 tahun pertama Mahathir agak buruk.

Beliau penyumbang besar kepada keruntuhan satu industri eksport terbesar kita dan kemudiannya menggunakan wang pencarum KWSP dan Bumiputra membayar untuk kesilapan beliau.

Berkaitan