Rampas Equanimity: Jho Low persoal langkah Mahathir

#RuleOfLawJungle #Undang-UndangRimba #Mahazalim #Mahafiraun

Peguam Jho Low berkata rampasan kapal layar Equanimity oleh KERAjaan Malaysia tidak sah dan bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Rampasan itu dibuat berikutan permintaan peribadi Dr Mahathir kepada Indonesia.

“Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim baru beliau masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang” kata beliau, merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Low berkata, langkah terbaru kerajaan menunjukkan “betapa pantasnya kedaulatan undang-undang diketepikan daripada rejim Mahathir”.

Low berkata penyerahan kapal layar itu kepada Malaysia juga bertentangan dengan perintah mahkamah di AS.

Kata beliau, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menyebut bahawa kapal layar itu sepatutnya berada di bawah penguasaan AS sehingga mahkamah menentukan pemilik sebenarnya.

“Tindakan sebegini semakin menjelaskan bahawa tidak ada bidang kuasa undang-undang di mana isu dalam kes ini boleh dihakimi secara adil berikutan putar belit media global yang didorong pihak berkepentingan politik bertujuan mensabitkan Low di ruang awam,” kata kenyataan itu.

* Lebih pelik, pihak PDRM Malaysia kononnya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low tetapi tidak pernah membuat permohonan rasmi dari pihak berkuasa negara di mana Jho Low kononnya bersembunyi.

Apa kah rampasan tersebut adalah sebagai amaran supaya Jho Low bekerjasama dengan Rejim Mahathir melakukan konspirasi terhadap Najib?

…………………
Tindakan DOJ rampas Equanimity menyalahi Perlembagaan – Peguam Kanan

Tindakan pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah Equanimity atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat minggu lepas mencacatkan integriti mahkamah Amerika serta melanggar perlembagaan negara kuasa besar itu, kata seorang peguam kanan hari ini.

Quintin Rozario, peguam cara kelahiran Malaysia berpejabat di Brisbane, Australia berkata, sepanjang beberapa bulan  lepas, banyak pengulas dan pengkritik menyuarakan  keprihatinan mereka berhubung Akta Perlucuthakan Sivil yang digunakan DoJ bagi menghalalkan tindakan merampas kapal mewah itu, yang dikatakan milik ahli perniagaan Malaysia Low TaekJho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Beliau memberitahu Bernama, bahawa walaupun Perlembagaan Amerika adalah berlandaskan prinsip kesamarataan dan keadilan, yang diguna pakai dalam melaksanakan dan menguatkuasakan semua undang-undangnya, tetapi Akta Perlucuthakan “kini diguna pakai secara terang-terangan sebagai alat untuk menindas dan melancarkan perang saraf ekonomi oleh satu demi satu pentadbiran Amerika bagi mencapai kehendak mereka terhadap negara lebih kecil”.

Rozario juga menyokong pendapat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bahawa DoJ tidak menunjukkan sebarang “bukti  nyata” Jho Low adalah pemilik kapal mewah yang dirampas di Bali pada 28 Februari itu sebagai sebahagian daripada penyiasatan DoJ, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“DoJ belum membuktikan walau satu pun daripada dakwaannya di mahkamah keadilan, walaupun sudah hampir dua tahun berlalunya sidang akhbar sensasi yang diadakannya pada Julai 2016,” kataSalleh.

Rozario berkata: “Hakikatnya ialah DoJ mahu merampas harta milik individu tertentu yang dikatakan  telah  menipu 1MDB, tetapi bukan harta 1MDB sendiri. Alasan itu sendiri adalah sesuatu yang meragukan sekiranya seseorang itu mengambil kira bahawa 1MDB bukanlah pihak yang membuat aduan terhadap individu berkenaan dan tidak pernah langsung mengemukakan sebarang aduan.

“1MDB adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kedudukan di sisi undang-undang untuk mengemukakan aduan dan mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali asetnya dalam keadaan seperti itu.”

Peguam itu berkata, walaupun mengikut Akta berkenaan, adalah memadai bahawa dengan mengesyaki seseorang defendan telah melakukan jenayah dan mengaitkan antara harta yang dirampas itu dengan perlakuan kesalahan jenayah bagi mewajarkan tindakan perlucuthakan diambil, tetapi hanya mahkamah keadilan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu jenayah telah dilakukan.

Rozario menyifatkan Akta Perlucuthakan Sivil sebagai “undang-undang yang tidak baik” dan kata beliau, sesebuah negara bertamadun tidak sepatutnya membenarkan ia dikuatkuasakan atau memberi  kerjasama dengan melaksanakan peruntukan undang-undang itu di wilayah mereka.

Sejurus selepas kapal mewah itu dirampas, Jho Low segera mengeluarkan  kenyataan yang menyelar DoJ kerana melakukan “global outreach” serta mendakwa beliau telah menjadi mangsa dalam penganiayaan politik.- BERNAMA


Comments (116)

  1. Rem Has Aug 5, 2018 @ 16:47
  2. Abd Basit Durahim Durahim Aug 5, 2018 @ 16:51
  3. Azri Wahab Aug 5, 2018 @ 16:59
  4. Azri Wahab Aug 5, 2018 @ 16:59
  5. Sfira Damfa Aug 5, 2018 @ 17:04
  6. Jason Lim Aug 5, 2018 @ 17:05
  7. Iroquois Plisskin Aug 5, 2018 @ 17:10
  8. Iroquois Plisskin Aug 5, 2018 @ 17:10
  9. Ramoramo Ramo Aug 5, 2018 @ 17:11
  10. Hafizul Anuar Aug 5, 2018 @ 17:19
  11. Mohd Yazri Abu Bakar Aug 5, 2018 @ 17:20
  12. Kapal Terbang Kertas Aug 5, 2018 @ 17:30
  13. Kapal Terbang Kertas Aug 5, 2018 @ 17:30
  14. Muhamad Syafiq Noh Aug 5, 2018 @ 17:36
  15. Muhamad Syafiq Noh Aug 5, 2018 @ 17:36
  16. Aiz Ismail Aug 5, 2018 @ 17:49
  17. Aiz Ismail Aug 5, 2018 @ 17:49
  18. Aiz Ismail Aug 5, 2018 @ 17:49
  19. Hamidah Aziz Aug 5, 2018 @ 17:57
  20. Hamidah Aziz Aug 5, 2018 @ 17:57
  21. Hamidah Aziz Aug 5, 2018 @ 17:57
  22. Hamidah Aziz Aug 5, 2018 @ 17:57
  23. Muammar Ghadaffi Al Qorni Aug 5, 2018 @ 18:11
  24. Muammar Ghadaffi Al Qorni Aug 5, 2018 @ 18:11
  25. Muammar Ghadaffi Al Qorni Aug 5, 2018 @ 18:11
  26. Rusli Mansur Aug 5, 2018 @ 18:24
  27. Sayyid Muhd Salleh Aug 5, 2018 @ 19:22
  28. Emanan Nan Aug 5, 2018 @ 19:37
  29. Emanan Nan Aug 5, 2018 @ 19:37
  30. Nurul Nurin Nurain Dzulfadli Aug 5, 2018 @ 19:47
  31. Mike Goh Aug 5, 2018 @ 19:58
  32. Eden Mohzin Aug 5, 2018 @ 20:16
  33. Ramli Kassim Ramli Kassim Aug 5, 2018 @ 20:30
  34. Nurul Nurin Nurain Dzulfadli Aug 5, 2018 @ 20:36
  35. Fana Azhar Aimanadamlovers Aug 5, 2018 @ 20:45
  36. Fana Azhar Aimanadamlovers Aug 5, 2018 @ 20:45
  37. Hamidi Mohamed Arifin Aug 5, 2018 @ 20:58
  38. Hamidi Mohamed Arifin Aug 5, 2018 @ 20:58
  39. Hamidi Mohamed Arifin Aug 5, 2018 @ 20:58
  40. Hamidi Mohamed Arifin Aug 5, 2018 @ 20:58
  41. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  42. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  43. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  44. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  45. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  46. Weskarni Weskarni Aug 5, 2018 @ 21:21
  47. Namri Huri Aug 5, 2018 @ 21:39
  48. Namri Huri Aug 5, 2018 @ 21:39
  49. Namri Huri Aug 5, 2018 @ 21:39
  50. Zandra Amanda Aug 5, 2018 @ 21:49
  51. Zandra Amanda Aug 5, 2018 @ 21:49
  52. Zandra Amanda Aug 5, 2018 @ 21:49
  53. Zed Rashid Aug 5, 2018 @ 22:25
  54. Sadeik Husin Shah Aug 5, 2018 @ 22:28
  55. Sadeik Husin Shah Aug 5, 2018 @ 22:28
  56. Sadeik Husin Shah Aug 5, 2018 @ 22:28
  57. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  58. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  59. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  60. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  61. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  62. Yop Yop Aug 5, 2018 @ 22:44
  63. Hamid Ishak Aug 5, 2018 @ 23:13
  64. Hamid Ishak Aug 5, 2018 @ 23:13
  65. Hamid Ishak Aug 5, 2018 @ 23:13
  66. Hamid Ishak Aug 5, 2018 @ 23:13
  67. Hamid Ishak Aug 5, 2018 @ 23:13
  68. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  69. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  70. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  71. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  72. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  73. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  74. Zack Rose Nazib Aug 5, 2018 @ 23:14
  75. Ayob Abd Majid Aug 5, 2018 @ 23:45
  76. Zulkifli Zul Aug 5, 2018 @ 23:52
  77. Azhari Arshad Aug 6, 2018 @ 0:01
  78. Azhari Arshad Aug 6, 2018 @ 0:01
  79. Malek Bond Aug 6, 2018 @ 0:05
  80. Malek Bond Aug 6, 2018 @ 0:05
  81. Malek Bond Aug 6, 2018 @ 0:05
  82. Malek Bond Aug 6, 2018 @ 0:05
  83. Kuzaini Adam Aug 6, 2018 @ 0:10
  84. Kuzaini Adam Aug 6, 2018 @ 0:10
  85. Abd Mutalib Aug 6, 2018 @ 0:16
  86. Kasih Teruna Aug 6, 2018 @ 0:24
  87. Sharifuddin Hamid Aug 6, 2018 @ 1:07
  88. Sharifuddin Hamid Aug 6, 2018 @ 1:07
  89. Sharifuddin Hamid Aug 6, 2018 @ 1:07
  90. Sharifuddin Hamid Aug 6, 2018 @ 1:07
  91. Sharifuddin Hamid Aug 6, 2018 @ 1:07
  92. Alan Sabut Aug 6, 2018 @ 2:19
  93. Saidin Abd Karim Aug 6, 2018 @ 2:45
  94. Saidin Abd Karim Aug 6, 2018 @ 2:45
  95. Ibrahim Mamat Aug 6, 2018 @ 2:47
  96. Ibrahim Mamat Aug 6, 2018 @ 2:47
  97. Elyanei Natasha Abdull Hamid Aug 6, 2018 @ 3:40
  98. Abdul Hadi Gani Aug 6, 2018 @ 6:40
  99. Haji Muhammad Mohd Basir Aug 6, 2018 @ 9:27
  100. Rodiah Omar Aug 6, 2018 @ 11:36
  101. Rodiah Omar Aug 6, 2018 @ 11:36
  102. Rodiah Omar Aug 6, 2018 @ 11:36
  103. Burn Burn Aug 6, 2018 @ 14:04
  104. Burn Burn Aug 6, 2018 @ 14:04
  105. Burn Burn Aug 6, 2018 @ 14:04
  106. Burn Burn Aug 6, 2018 @ 14:04
  107. Roket Rajah Aug 10, 2018 @ 8:04
  108. Roket Rajah Aug 10, 2018 @ 8:04
  109. Roket Rajah Aug 10, 2018 @ 8:04
  110. Roket Rajah Aug 10, 2018 @ 8:04
  111. Roket Rajah Aug 10, 2018 @ 8:04
  112. David Elumalai Aug 10, 2018 @ 8:28
  113. David Elumalai Aug 10, 2018 @ 8:28
  114. David Elumalai Aug 10, 2018 @ 8:28
  115. David Elumalai Aug 10, 2018 @ 8:28
  116. Abd Wahab Hussin Aug 10, 2018 @ 9:13

Leave a Reply