26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

ROHINGNYA: ADAKAH BUDDHA MENGAJAR MEMBUNUH GOLONGAN TIDAK BERDOSA

Menurut statistik terkini, sejumlah 20,000 orang hilang tempat tinggal di daerah Maungdaw, Myanmar. 24 buah kampung dibakar di daerah Maungdaw dan Buthidaung. 500 orang terbunuh, 60 orang menjadi mangsa rogol, 1500 orang hilang dan 8 buah masjid terbakar dan musnah.

Ini kekejaman yang sedang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya di Myanmar. Ianya satu lagi siri “ethnic cleansing” yang cukup tidak berperikemanusian sama sekali.

Bertentangan sekali apa yang diajar oleh Dalai Lama, “my religion is very simple, my religion is kindness”. Dalai Lama adalah “spiritual leader” Buddha di Tibet. Sewajarnya sami sami Buddha di Myanmar menolak dan menentang keras kekejaman yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ini.

Etnik Rohingnya bukanlah kumpulan pengganas di Myanmar, mereka juga adalah warganegara Myanmar. Mengapa perlakukan mereka sampai sebegitu sekali? Apa dosa anak anak kecil yang turut terbunuh? Apa dosa ibu ibu yang sedang menyusukan anak dibunuh tanpa belas kasihan?

Aung San Suu Kyi pernah merasai bagaimana hidup dalam kegelapan dan tanpa bumbung rumah pada 2 Mei 2008 selepas kejadian Cyclone Nargis. Bertemankan lilin di waktu malam. Disebabkan kegelapan itu akhirnya Suu Kyi dibebaskan pada 13 November 2010 dan akhirnya kini menjadi pemimpin di Myanmar.

Keperitan dan kesusahan yang dihadapi Suu Kyi sudah cukup untuk membuatkan beliau belajar dan mengerti erti hidup dalam kesempitan. Sebagai seorang pemimpin wanita, Suu Kyi tidak sepatutnya melihat dan menutup mata atas kekejaman yang berlaku terhadap kanak kanak dan ibu ibu umat Islam Rohingnya.

Ajaran mana mana agama tidak mengajar membuat keganasan terhadap orang lain. Prinsip demokrasi yang dipegang sebegitu lama oleh Suu Kyi ketika berada dalam tahanan rumah pun tidak menghalalkan berlakunya kekejaman tanpa perikemanusiaan pada orang lain.

Suu Kyi seorang yang berpegang kuat pada ajaran Buddha. Suu Kyi telah menghabiskan masa tahanan rumahnya dengan bermeditasi mengikut ajaran Buddha. Suu Kyi juga banyak menulis tentang keamanan dan kasih sayang menerusi “The Voice of Hope : Conversations with Alan Clements”.

Jika berpegang kuat pada ajaran Buddha, Suu Kyi tidak sewajarnya membuat keganasan seteruk itu terhadap umat Islam Rohingnya. 22 September 2007, sekumpulan sami Buddha membuat protes hak asasi manusia terhadap kerajaan Myanmar untuk membebaskan Suu Kyi.

Kini kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam Rohingnya juga adalah berkaitan hak asasi manusia. Lebih kejam, lebih tragis daripada hanya seseorang yang hanya dikenakan tahanan rumah.

Undang undang antarabangsa, tekanan politik luar dan sami sami Buddha dulu digunakan untuk membebaskan Suu Kyi dari tahanan rumah. Kini, jalan yang sama perlu digunakan oleh semua pihak untuk menghentikan pembunuhan kejam terhadap etnik Rohingnya di Myanmar.

Kasihanilah mereka, apalah dosa anak anak kecil dibunuh, wanita dirogol dan masjid dimusnahkan. Mereka tidak bersenjata dan diperlakukan seolah olah musuh dalam peperangan.

Hentikan kekejaman ini. Tidak ada pemenang Nobel Prize Award yang membuat kekejaman sebegini bila menjadi pemimpin sesebuah negara. Seluruh masyarakat dunia perlu kecam apa yang sedang berlaku di Myanmar termasuklah Dalai Lama.

Agama Buddha bukan mengajar keganasan, tetapi kebaikan. Amat memalukan jika seseorang yang kuat bermeditasi seperti Suu Kyi melanggar ajaran agamanya sendiri. Agama Buddha tidak mengajar membunuh orang yang tidak berdosa.

20161206-buddha-mynmar

Berita Berkaitan

Bayi dikenali sebagai Farah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth

Dilaporkan pihak polis sedang membuat laporan untuk koroner. AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.

[Video] 14 cedera jambatan runtuh di Taiwan

Jambatan di bandar pelabuhan Su'ao tersebut runtuh sekitar jam 9.30 pagi Selasa (1 Okt) ketika sebuah lori tangki minyak sedang melaluinya, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Mahathir tawar untuk membantu Turki buat kereta, Turki tunjuk ‘supercar’ mereka ha ha ha

Turki bukan setakat dah ada kereta nasional mereka sendiri, 'supercar' pun mereka dah ada!
00:04:55

[Video] Isteri curang, suami nekad robohkan rumah

Sebuah rakaman video dan gambar memaparkan sebuah rumah di Indonesia dirobohkan dengan jengkaut menjadi tular di media sosial semalam. Masalah rumah tangga dikatakan menjadi punca...

China syak FedEx cabul undang-undang, tolak penghantaran Huawei

Para penyiasat mendapati FedEx telah menangguh 100 penghantaran yang mempunyai kaitan dengan Huawei

Indonesia Upset Malaysian Police Protecting DAP’s Paul Yong

Indonesian government seems to be a bit upset that the investigation was not carried out according to the rule of law so espoused by the PH government

Beijing naikkan amaran COVID-19 ke tahap dua

Beijing merekodkan beberapa kes baharu COVID-19 untuk hari keenam berturut-turut pada Rabu. Perkara itu memaksa pihak berkuasa ibu negara China itu mengembalikan sekatan yang ketat...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah Pathanamthitta, di sini. Kejadian pada Sabtu lalu itu berlaku ketika dua...

Covid-19: Leka berparti rai tamat perintah berkurung, seorang wanita bersama 15 rakan positif dijangkiti

SEORANG wanita yang dijangkiti coronavirus bersama 15 rakannya memberitahu bahawa mereka 'cuai' selepas keluar untuk meraikan berakhirnya perintah berkurung. Erika Crisp berkata, dia disahkan positif...

Haziq disahkan meninggal dunia susulan serangan masjid Christchurch

Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...