30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Satu pun tak pernah bincang dalam mesyuarat kabinet, kata Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, tidak ada 1 pun daripada 101 projek yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mendedahkan PH meluluskan 101 projek bernilai RM6.6 bilion melalui rundingan terus ketika menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) di Dewan Rakyat, yang bertanya adakah tender terbuka dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Setahu saya tidak ada permohonan untuk kelulusan (rundingan terus) yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet,” kata Zuraida yang mengetuai kementerian sama dalam kerajaan PH.

“Mana-mana kementerian yang terlibat, (bekas menteri kewangan) Lim Guan Eng boleh dedahkannya memandangkan dia tahu hal itu,” katanya.

Menerusi cabaran dibuat kepada Zafrul susulan pendedahan itu di Parlimen, Lim mendesak penggantinya itu mendedahkan senarai 101 projek, dengan menyatakan jika angka itu betul, ia hanya 1.4% berbanding nilai keseluruhan perolehan kerajaan berjumlah RM477 bilion selama tempoh 22 bulan pentadbiran PH.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan, atau salah guna kuasa berhubung pendedahan itu.

Sementara itu, Zuraida berkata beliau tidak kisah sama ada ditawar jawatan dalam PPBM atau sebaliknya.

Bekas naib presiden PKR itu salah seorang daripada 11 ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti pada Mac susulan pemecatan timbalan presiden Azmin Ali, kebanyakan mereka menyertai PPBM secara rasmi minggu lalu.

Ahad lalu Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti akan membincangkan pelantikan Azmin sebagai naib presiden.

Menyuarakan keyakinannya yang PPBM akan memberi jawatan sesuai kepada Azmin, Zuraida berkata bagaimanapun beliau tidak ragu-ragu jika beliau dan ahli PPBM baru yang lain tidak ditawarkan jawatan dalam parti itu.

“Ia bukan masalah. Kami hanya buat kerja dan tumpu untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata ahli Parlimen Ampang itu. – FMT

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan