SERANGAN MENGEJUTKAN DAP TERHADAP KEBEBASAN AKHBAR - pakdin.my

Enggan saman Tunku Aziz yang mengeluarkan kenyataan sebaliknya menyaman akhbar.

Semalam, Lim Kit Siang dari DAP berkata, beliau akan menyaman Utusan, NST dan mana-mana media lain yang menyiarkan “berita palsu” mengenai dakwaan “pakatan rahsia” dengan Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata mana-mana media yang menerbitkan “pembohongan” mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan mereka.

“Saya tidak berminat membuang masa saya terhadap orang yang memerkatakan mengenainya, ia kerana dia telah kehilangan semua penghormatan dan kredibiliti untuk diberikan perhatian,” katanya ketika ditanya sama ada beliau juga akan menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat tuduhan tersebut.

Memetik sumber, Tunku Aziz mendakwa secara terbuka bahawa terdapat satu pakatan khas yang dibuat pada 3 Dis antara Kit Siang dan Mahathir untuk melantik Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan Kit Siang sebagai Timbalan jika Pakatan menang PRU14.

Tunku Aziz turut mencabar Kit Siang dan Mukhriz membuat akuan bersumpah untuk menafikan perkara ini jika ia tidak benar atau menyaman beliau jika ini adalah tidak benar.

Oleh itu, adalah mengejutkan apabila Kit Siang telah memilih untuk menyaman media kerana menerbitkannya tetapi tidak langsung menyaman Tunku Aziz, yang pernah menjadi Naib Pengerusi DAP selama 3 tahun dari 2009 sehingga 2012.

Mengapa mahu menyaman media yang hanya menjalankan tugas mereka untuk melaporkan tuduhan Tunku Aziz tetapi tidak berani menyaman Tunku Azz sendiri?

Sekarang ini menjadi kesalahan untuk media melaporkan sebarang dakwaan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap DAP?

Ini seolah-olah satu tindakan yang disengajakan dari DAP untuk menakut-nakutkan media daripada melaporkan sebarang perkara negatif atau apa-apa tuduhan terhadap DAP.

Jelas sekali, kedua-dua bapa dan anak Lim Guan Eng mempunyai tabiat menyaman media – dan kalah banyak juga kes saman baru-baru ini.

Baru-baru ini, Lim Guan Eng juga menyerang akhbar Cina – terpaksa mengadakan sidang akhbar untuk mengadu bahawa mereka tidak melaporkan semua kenyataan beliau dan tidak memeberi liputan mengenai beliau di muka depan.

Ini membawa kepada editor Sin Chew mengeluarkan kenyataan umum untuk memberitahu Guan Eng bahawa bukan beliau yang membuat keputusan siapa atau apa yang akhbar tersebut laporkan.

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa ia telah setahun berlalu sejak Kit Siang berkata beliau akan menyaman Ketua Penerangan PAS atas dakwaannya yang telah mengatakan DAP diberikan RM1.2 bilion dalam pertukaran untuk sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

https://www.roketkini.com/2016/01/02/fitnah-isu-dana-israel-dap-pertimbang-tindakan-saman/

Apa jadi kepada tindakan undang-undang untuk menyaman PAS sekarang? Kenapa tak saman?

Apabila PM Najib menyaman MalaysiaKini berhubung fitnah dua artikel yang berkaitan dengan pertukaran Menteri Besar Terengganu pada 2014 bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’, aktivis dan politik pembangkang telah mengatakan ini adalah serangan ke atas kebebasan akhbar.

Di mana dan apa pandangan mereka yang dipanggil aktivis mengenai tindakan Kit Siang semalam?

Melihat kepada tindakan terbaru ini dan sikap berdendam dengan cara yang mereka mentadbir kerajaan Pulau Pinang, tidak dapat dinafikan bahawa DAP akan menjadi rejim yang paling autokratik dan menindas dalam sejarah Malaysia sekiranya mereka mengawal pentadbiran Negara.

https://www.utusan.com.my/berita/politik/pakatan-sulit-kit-siang-saman-akhbar-1.428606

20170106-kit-siang-saman-akhbar

UTAMAPOLITIKSERANGAN MENGEJUTKAN DAP TERHADAP KEBEBASAN AKHBAR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium