23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Skandal Wang Bantuan Khairat Kematian Selangor: Khalid anggap pecah amanah

Tindakan menyalurkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu skim khairat kematian untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) kepada ahli Parlimen pembangkang dari luar Se­langor disifatkan sebagai perbuatan pecah amanah dan meng­khianati rakyat.

Bekas Menteri Besar Se­langor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika zamannya, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya menjalankan audit secara ketat setiap minggu, selain jumlah da­na juga dihadkan kepada ha­nya RM1,000 untuk setiap pengeluaran.

Katanya, jika ada kes-kes terpencil seperti pe­nerima tersebut menetap di Wilayah Persekutuan sebelum 1974 (sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan) sekalipun, pro­sesnya tidak mudah kerana perlu disahkan status pemastautin oleh ketua kampung atau pejabat daerah.

“Itu satu kesalahan (me­nyalurkan kepada ahli Parlimen luar Selangor), boleh kata pecah amanah. Ini tidak boleh dibenarkan sebab duit khairat kematian ini adalah duit rak­yat dan hanya yang bermastautin layak menerima. Pada saya, ini mengkhianati rakyat.

“Kalau Menteri Besar Sela­ngor sekarang galakkan perkara ini, rakyat boleh bawa perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ke mahkamah ke­rana menyalahgunakan dana negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Ga­bungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos membuat laporan kepada SPRM selepas beliau mendapat maklumat terdapat sembilan ahli Parlimen pembangkang mendapat faedah lebih RM10 juta daripada dana khairat kematian itu.

Dalam laporannya itu, Jamal turut menyertakan surat Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 yang dihantar kepada seorang Pengurus Cawangan Ambank, bagi memohon pembukaan akaun bank untuk penyaluran dana SMUE membabitkan kesemua sembilan wakil rak­yat tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, ketika pentadbirannya, kerajaan negeri memang membenarkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) mengeluarkan dana khairat kematian tetapi jumlahnya tetap dihadkan RM1,000 untuk setiap kali pengeluaran, manakala baki RM1,500 lagi khairat itu akan dibayar kepada penerima oleh pejabat daerah.

“Memang kita bagi kepada ADUN tapi mereka perlu bertanggungjawab, kalau salah ADUN tersebut kena bertanggungjawab, dia tak boleh sa­lah­kan mana-mana pihak, kalau salah dia kena bayar sebab kita tidak mahu sistem keba­ji­kan ini rosak akibat tidak amanah,” katanya.

Ditanya apa yang akan dilakukannya jika masih bergelar Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid secara tegas berkata, beliau akan menghentikan perkara tersebut kerana baginya, prinsip amanah dalam sesebuah pentadbiran tidak boleh sesekali dikompromikan.

“Saya hentikan kalau saya tahu kad pengeluaran wang automatik diberikan kepada ahli Parlimen bukan dari Selangor kerana saya tidak mahu wujud konflik kepentingan. Malah, saya sendiri tidak pegang kad itu sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu,” katanya.

20170218-skandal-khairat-kematian-selangor

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan