Thursday, June 24, 2021
BERITASukar Untuk Menentukan Perubahan Cuaca Di Malaysia

Sukar Untuk Menentukan Perubahan Cuaca Di Malaysia

cuaca-malaysia

Malaysia banyak menyaksikan perubahan cuaca yang dilihat ekstrem sejak kebelakangan ini, ada antaranya tidak pernah dilihat sebelum ini.

Dengan negara terletak di kawasan Khatulistiwa, Malaysia sudah lazim dengan iklim tropika. Suhu pada puratanya 27 Celsius dan kadar kelembapan adalah antara 70-90 peratus menjadikan Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun.

Bagaimanapun, sejak setahun kebelakangan ini, Malaysia menyaksikan pelbagai fenomena cuaca yang dianggap agak luar biasa.

Ini termasuk cuaca panas yang terlalu terik sehingga mencapai 41 Celsius, hujan yang turun dengan jumlah yang terlalu tinggi ketika Monsun Timur Laut hingga berlaku banjir besar, suhu sejuk seperti yang berlaku di Kelantan pada awal tahun serta kejadian puting beliung yang kerap berlaku pada akhir 2014.

PERUBAHAN IKLIM

Pelbagai kajian dijalankan untuk menentukan impak perubahan cuaca di seluruh dunia. Bagaimanapun, adalah masih sukar untuk menentukan punca perubahan aliran cuaca di Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikannya menunjukkan panas di Malaysia meningkat sejak lebih 40 tahun dan meramalkan paras air hujan juga akan meningkat.

Laporan Panel Antara Kerajaan dan Perubahan Iklim (IPCC) menyatakan bahawa suhu permukaan bumi meningkat daripada 1.1 Celsius kepada 6.4 Celsius pada abad ke-21 dengan peningkatan ketara pada tahun 1990-an.

Bumi yang lebih panas juga menyebabkan ais di kutub terutama di zon Artik mula mencair. Ini seterusnya menyaksikan lebih banyak lagi perubahan iklim berlaku yang dikaitkan dengan pemanasan global.

Fenomena-fenomena iklim seperti kitaran monsun dijangka berubah, dengan El-Nino mengakibatkan lebih banyak banjir, kemarau, dan gelombang panas.

Bagaimanapun, pakar meteorologi tempatan yang juga Pengarah Pusat Penyelididkan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berpendapat perubahan cuaca yang dihadapi Malaysia sekarang bukan suatu yang aneh.

Ini kerana sistem cuaca adalah sentiasa berubah dan tidak statik.

Beliau juga berkata banjir yang berlaku terutamanya di Kelantan bukan suatu yang luar biasa kerana ia fenomena yang berlaku hampir setiap tahun.

“Ia menjadi luar jangkaan kerana ribut dan hujan lebat datang secara serentak dengan air pasang besar.

“Jadi dengan kadar hujan yang melebihi 1,000mm, turun dalam empat hingga lima hari itu adalah mustahil tidak akan menyebabkan banjir. Namun yang menjadi persoalan kenapa air hujan itu tidak boleh mengalir ke laut,” katanya kepada baru-baru ini.

LURUAN ANGIN

Perubahan cuaca ini berkaitan dengan latitud tengah yang menyebabkan luruan angin berlaku. Antaranya luruan udara sejuk yang berlaku di Kelantan sekarang berpunca daripada udara yang bertiup dari Siberia.

Tekanan atmosfera di kawasan tanah tinggi Siberia menjadi tinggi manakala tekanan di kawasan barat Lautan Pasifik menjadi rendah mendorong pergerakan angin sejuk dari Siberia ke barat Lautan Pasifik.

Sekurang-kurangnya tujuh atau lapan luruan berlaku dalam satu monsun yang mempengaruhi iklim di Malaysia sama ada dengan membawa hujan atau sebaliknya.

“Apabila kawasan kita panas… di sana pula sejuk, akan berlaku banyak lagi luruan angin ke kawasan kita. Ada luruan itu tidak menyebabkan hujan.

“Macam bulan Febuari berlaku luruan sejuk tetapi tidak membawa hujan, malah cuaca di sini panas serta kering hingga hutan terbakar. Ada yang anggap ini disebabkan oleh pemanasan bumi sedangkan awan pun tidak boleh terhasil,” katanya.

KAITAN GAS RUMAH HIJAU DENGAN PERUBAHAN IKLIM

Diakui bahawa aktiviti manusia melalui perindustrian, permotoran serta pembakaran hutan secara tidak terkawal menyumbang kepada perubahan iklim berikutan peningkatan gas-gas rumah hijau.

Walaupun perubahan iklim menjejaskan seluruh dunia, mereka yang tinggal di kawasan tropika lebih terdedah kepada gas rumah hijau ini.

“Kawasan tropika seperti Malaysia adalah pintu utama gas rumah hijau masuk ke atmosfera. Apabila semakin banyak penyingkiran ozon di atmosfera fenomena lubang ozon boleh berlaku yang akan mendedahkan manusia kepada sinaran UV berbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia,” kata Ketua Pusat Perubahan Iklim Tropika Institut Per ubahan Iklim UKM, Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir.

Perubahan cuaca juga boleh meningkatkan frekuensi hujan lebat dengan peningkatan jumlah isipadu hujan. Apabila hujan turun dengan lebat, air sungai dan tasik akan melimpah menyebabkan banjir besar berlaku.

Bagaimanapun, katanya, penyelesaian kepada banjir sangat bergantung kepada corak penyelesaian masalah pencemaran air dan udara serta guna tanah.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here