Tembakan: Bedah siasat mangsa petang ini - pakdin.my

Polis memaklumkan bahawa proses bedah siasat ke atas salah seorang mangsa kejadian tembakan di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan, Sarawak semalam akan dilakukan petang ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, proses bedah siasat itu dilakukan selepas keputusan ujian calitan ke atas mayat mangsa diperolehi.

“Setakat ini saya dimaklumkan bahawa bedah siasat ke atas mayat salah seorang mangsa akan dijalankan petang ini manakala untuk tiga lagi mangsa perlu menunggu sehingga keputusan ujian calitan Covid-19 mereka keluar.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak polis bagi mengenalpasti punca atau motif kejadian berlaku,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang satu kejadian tembakan yang mengorbankan empat anggota TUDM sewaktu masa serah tugas di balai pengawal kem tersebut.

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian tembakan berlaku selepas salah seorang anggota TUDM merampas selaras raifal Colt M4 di bilik simpanan senjata api di balai pengawal.

Suspek kemudiannya melepaskan tembakan selepas salah seorang mangsa cuba untuk menenangkannya sebelum dia masuk bahagian bilik rehat dan menembak dua lagi mangsa pada bahagian belakang dan sisi kanan dada yang mengakibatkan kematian.

Suspek kemudiannya membunuh diri dengan menembak bahagian bawah dagu menembusi otak dan mati di tempat kejadian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITATembakan: Bedah siasat mangsa petang ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium