31.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 27, 2021

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah Ustaz Azhar Idrus (UAI).

UAI, 56, berkata tindakan itu adalah suatu yang dilarang dalam Islam malah mengundang dosa kepada si pemerhati.

Tambahnya, tidak mustahil wanita berkelakuan sedemikian adalah disebabkan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan umat Islam.

“Hukum melihat perlakuan tidak senonoh dan jijik seperti itu adalah haram dan haram pula dikongsikan di dalam media sosial atau lainnya.

“Perempuan-perempuan yang terlibat dengan perbuatan seperti ini sudah dirasuk oleh syaitan bertujuan menyesatkannya dari jalan yang benar.

“Kerana itulah dikatakan kaum perempuan sentiasa didampingi oleh syaitan samada dari hadapannya atau dari belakangnya,” katanya menerusi sebuah video dikongsi di media sosial.

Terdahulu, seorang warga maya bertanyakan kepada UAI berhubung hukum menyaksikan tarian wanita di aplikasi TikTok dan berkongsinya kepada yang lain.

Jelas UAI, dosa pelakunya akan tetap ‘berjalan’ selagi mana video dikongsi dan disaksikan orang lain.

Bagaimana pun, UAI menjelaskan Allah SWT maha pengampun dan sentiasa menerima taubat mereka yang ingin berbuat demikian.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.