Teruskan kempen – Usah layan rayuan DAP - pakdin.my

“Percayalah, kuasa pengguna yang boleh menaik dan menjatuhkan pemerintah. Jadi, usah layan rayuan Guan Eng yang kebudak-budakan. Suka hati kitalah nak beli apa dan dari siapa”

Kempen membeli produk muslim perlu diteruskan tanpa peduli desakan pemimpin parti tamak dan haloba, DAP, tegas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap kempen produk muslim sudah mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.

Dakwanya, kempen berkenaan perlu dihentikan kerana menjejaskan perpaduan nasional dan merugikan pengguna.

“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera), produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,” katanya.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai bodoh sombong, Ustaz Abdullah mahu kempen ini diteruskan sehingga bangsa DAP yang angkuh faham bahasa dan adab sopan.

Katanya, umat Islam yang juga pengguna mempunyai kuasa dan hak, malah kita sebagai penentu dalam menggubal dasar serta polisi di Malaysia.

“Percayalah, kuasa pengguna yang boleh menaik dan menjatuhkan pemerintah. Jadi, usah layan rayuan Guan Eng yang kebudak-budakan. Suka hati kitalah nak beli apa dan dari siapa,” katanya.

Kempen membeli barangan muslim dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

UMMAH juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) dan Abata, supaya produk muslim yang kurang mendapat tempat di pasaraya, akan mendapat manfaat menerusi platform yang DILANCARKAN. – ISMAWEB

BACA juga: Boikotlah telefon bimbit sekali, sindir Guan Eng
https://pakdin.my/boikotlah-telefon-bimbit-sekali-sindir-guan-eng/

UTAMABERITATeruskan kempen - Usah layan rayuan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium