Tun M hadir pertemuan pemimpin BERSATU - pakdin.my

  • Turut dihadiri oleh bekas Ahli Parlimen UMNO. 
  • Pemimpin yang hadir mengunci mulut, tidak memberikan sebarang kenyataan. 

Pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pagi ini mengadakan pertemuan di Menara Yayasan Selangor di sini.

Media sudah memenuhi pekarangan lobi bangunan menempatkan ibu pejabat BERSATU sejak jam 9 pagi, bagi menunggu mesyuarat selesai.

Setakat jam 12 tengah hari, media dimaklumkan tiada arahan untuk sebarang sidang media selepas pertemuan itu.

Terdahulu, Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba sekitar jam 9.10 pagi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Antara pimpinan yang dilihat hadir, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Pengerusi Badan BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Turut kelihatan menaiki bangunan ibu pejabat BERSATU, beberapa bekas Ahli Parlimen UMNO yang sudah menyertai BERSATU seperti Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Hamzah yang ditemui media di pekarangan bangunan ibu pejabat BERSATU memberitahu pertemuan masih lagi berlangsung.

“Masih berjalan. Belum habis lagi,” katanya yang dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat BERSATU bersama Ronald sekitar jam 11.20 pagi.

Namun, kedua-duanya enggan berkongsi inti pati pertemuan pagi ini.

UTAMAPOLITIKTun M hadir pertemuan pemimpin BERSATU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium