Usul Ditolak, BN Selangor Hantar Memorandum Kepada Sultan

Kongsi:

Kumpulan ADUN BN Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan DUN negeri menolak usul membahas isu kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina komuniti Bugis.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai kumpulan berkenaan ke Istana Bukit Kayangan berkata memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

“Memerondum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sudah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya di luar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini

Tambah Mat Nadzari (foto), ia juga sebagai tanda sokongan kepada Sultan Sharafuddin yang menzahirkan kemurkaannya kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu serta mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat pendirian sebenar kerajaan Selangor.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

28 Replies to “Usul Ditolak, BN Selangor Hantar Memorandum Kepada Sultan

  1. DUN Selangor yang dikuasai PH ditunjangi DAP tidak seharusnya menolak usul BN untuk membahaskan penghinaan mantan PM,Dr Mahathir Mohamad keatas keturunan Bugis yang membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor dan banyak pihak berkaitan di Malaysia juga Indonesia. Penyerahan memorandum bersabit penolakan usul itu kepada Sultan Selangor adalah kena pada tempatnya.
    1. Usul berkenaan tidak patut ditolak dan perlu dipertimbang dibenarkan untuk perbahasan memandangkan perghinaan dilakukan Dr,Mahathir di buat diPetaling Jaya yang terletak didalam Negeri Selangor dibawah taklukan dan pemerintahan Baginda Sultan Sekangor
    2. Apakah alasan yang diberikan oleh Speaker DUN untuk menolak usul berkenaan?.
    3. Apakah dengan penolakan itu, DUN Selangor seolah-olah mengatasi kedudukan Sultan dan tidak mengambil berat isu atau perkara yang mendukacita dan menjatuhkan martabat seorang Raja Pemerintah yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri?.

  2. Dari dulu masalah gelaran Dota, Dota seri &Tan seri dipetikaikan kononnya raja-raja telah menjual gelaran itu. Apabila gelaran itu diserahkan kpd pembangkang tak ada cerita tentang gelaran. Kalau nak jadi pembangkang mesti nak biadap dgn raja-raja melayu ke. Apakah peranan pembangkang sebenarnya. Untuk siapa !Rakyat atau pembangkang .

  3. Hahaha bukan gadai bro,,,ikut undang2 kanun tanah negara,,,tanah tu pajak kan ,,,selama 20 tahun ke atau 25 tahun,,,,lepas tempoh masa yang pajakan telah tamat,,,,baru kerajaan ambil balek,,,,baru lah cucu cicit kita berkerja n jadi boss,,,atau pengarah kilang ke,,,,kita mesti banyak2 membaja buku2 udang

  4. Kalau ada orang2 di malaysia tak makan baru di kata kan malaysia ne susah,,,,orang gila pon gemok dapat makan,,,,pendapatan tak banyak rm 2500 satu bulan,,,dapat lah menyara hidup,,,beli rumah,,,kerata dll ,,,walaupon pencen tak banyak tapi keikhlasan hidup ,,,,

  5. Sembang tak ada fakta, baca Utusan tengok RTM dan TV3….simpan sedikit kebodohan tu…masih nak sokong perompak, dia dan keluarga kaya raya, yg sokong dapat dosa…yg nak susah nanti pun cucu cicit kamu jugak…keluarlah dari gua tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.