Home / :: BLOG :: / [Video] 1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib

[Video] 1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib


https://youtu.be/95XjsRnZguU

Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak membangkitkan langsung mengenai isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Justeru kata Annuar, dakwaan bahawa Muhyiddin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.

“Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB,” kata Annuar ketika mendedahkan mengenai perkara itu.

Annuar juga mendedahkan beliau pernah mengaturkan satu pertemuan dengan Muhyiddin untuk mendapatkan gambaran sebenar perkara itu tapi mesyuarat itu tidak pernah diadakan.

Muhyiddin juga katanya, tidak pernah menegur atau menyoal Najib mengenai perkara itu dan memilih untuk berdiam diri.

Keadaan ini menyebabkan ahli-ahli MT berasa aneh kenapa Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden tidak membuka mulut.

Jika 1MDB itu adalah isu utamanya, sudah pasti Muhyiddin akan membangkitkan perkara berkenaan dalam mesyuarat MT sebelum ia didedahkan kepada pengetahuan umum dan orang ramai.

Jadi, berdasarkan kepada pengakuan Annuar ini maka terbuktilah bahawa 1MDB sebenarnya bukan sebab utama untuk beberapa pihak tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

Sebaliknya mereka sudah berniat untuk menjatuhkan beliau lalu digunakanlah isu 1MDB ini.

1MDB sebenarnya hanyalah sebagai alat tetapi malangnya ia tidak boleh dijadikan sebagai `peluru’ lagi selepas pihak-pihak yang terbabit dengan siasatan 1MDB telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri telah bebas daripada sebarang tuduhan penyelewengan.

Dan menerusi tulisan bekas editor MerdekaReview, Lim Hong Siang di portal pembangkang MalaysiaKini bertajuk `Mahathir sebagai PM strategi terbaik HARAPAN?’ ia mengesahkan apa yang rakyat Malaysia tahu selama ini iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Mahathir Mohamad hanya berpakat untuk menjatuhkan Najib sahaja.

Dalam tulisannya itu, Lim berkata, PH terlalu gopoh untuk mengumumkan (atau membocorkan?) calon Perdana Menterinya dan membangkitkan persoalan apa akan berlaku sekiranya Mahathir diumumkan sebagai calon PM?

Tidak ada sebenarnya dalam gandingan itu keutamaan berkaitan teknologi, keutamaan tentang sistem pengangkutan awam, dasar pendidikan atau perancangan untuk rakyat sebaliknya hanya untuk menjatuhkan Najib.

Justeru bukalah mata dan lihat bagaimana 1MDB dijadikan sebagai isu dan senjata untuk menjatuhkan Najib. Walaupun mereka tahu mereka tiada bukti dan asas untuk menuduh beliau, namun ia terus dibangkitkan bagi memberikan persepsi buruk kepada Perdana Menteri.

Mereka akan terus menanam di kepala rakyat kononnya Najib terlibat dengan 1MDB. Itulah tuduhan kitar semula yang dilakukan dan dimainkan sepanjang masa, umpama piring hitam yang sudah rosak.

Jangan jadikan diri terpedaya dengan permainan pembangkang ini. Tolaklah PH semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. Tolaklah parti yang kelam kabut dan tiada arah tuju ini.


https://youtu.be/53m88oe0tw0


Rujukan:
Annuar: Muhyiddin bohong, tak pernah tegur Najib dalam MT
https://www.malaysiakini.com/news/406077

[Video] Muhyiddin Sudah Gaharu Cendana Pula

[Video] Muhyiddin: Sudah Gaharu, Cendana Pula

Tulisan :
Beruang Biru
BB709, Khamis
21 Disember 2017

(Visited 24 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

31 comments

  1. Zaman Rahman

    klu betul pun… dah dah laa… org tua ni saja nk tonjolkan diri nk bertanding lagi pru14 ni

  2. Mohd Fadhil

    Klu berani buia balik la kertas siasatan..sembang babi pon mati..bangang nye anjing umnok ni

  3. Ahmad Ibrahim

    Kalau orang johor nak bongkar, mahayudin nak kena jawab banyak

  4. Sukaini Nani

    Org me-layu dak terok.Samada d pihak pemerintah atau pembangkang.SEDARLAH me-layu…kamu tiada KEKUATAN kecuali ISLAM yg ada dlm keturunan kamu.

  5. Sukaini Nani

    Tak percaya..SERAHKAN pemerintahan pada CINA dan INDIA.Tengok dimana dan apa akan jadi pd TELOR dan PUKI me-layu.

  6. Sukaini Nani

    Tak percaya..SERAHKAN pemerintahan pada CINA dan INDIA.Tengok dimana dan apa akan jadi pd TELOR dan PUKI me-layu.

  7. Mizan Syed

    Anjing ph sembang lebih ph mkn duit yahudi

  8. Jamal Yusof

    Klau tak tau tentang 1MDB jangan dok cerita… taip ayat pun tak betul nak cerita 1MDB setakat dok kedai kopi dengar cerita orang lepas tu pecaye bulat bulat mcm awk yang ada jawatan dalam lembaga pengarah… buat malu jee melayu

  9. Adrian Corleone Nathaniel

    Everywhere in the world 1MDB is known as a scam except Malaysia,why ah?

  10. Ariffin Dom

    Aku tak caya langsung ngan si Nuar ni. Orang yg ‘dermakan’ duit Mara untuk bola! Agaknya AG lama kena tendang pun pasal tak tegur si Najib.

  11. KEchik Junjani

    Hahaha. Buat lawak la artikel ni..ni je ke level penulisan pro bn..?haha..sadis..

  12. Atam Puchong Atam Puchong

    La org tua ni lg. Kang g pjabt PM amik tulang… Yg najib bantu ekonomi amerika tu nk kira cm ne ye Mizan Syed?? DONALD TRUMP TU IMAM MASJID KAT MANO YO..

  13. Mohd Darus Said

    Dunia biasa je klau ada kepentingan ta betul pun sokong siapa ta nak senang oi

  14. Mohamad Noor Ishak

    Pembangkang pegi amerika YAHUDI,pembangkang pegi cina KOMINIS, Bn bantu amerika ,WAWASAN, Bn bawa cima masuk KEMAJUAN.

  15. Mizan Syed

    Atam apa tu ambil tulang tolong sikit

  16. Mizan Syed

    Atam Puchong Atam Puchong adajah awak penganas atau militan yg cuba buat ugutan terhadap pm najib sampai cakap nk jdkan pm najib tulang ni dh dokira ugutan membunuh pm adakah anda perasan segala tulidan awak klu berani terus terang ckp pd pm dan raja2 melayu baru gentle

  17. Shaiful Hisham

    …………………./´¯/)
    ………………..,/¯../
    ………………./…./
    …………./´¯/’…’/´¯¯`·¸
    ………./’/…/…./……./¨¯
    ……..(‘(…´…´…. ¯~/’…’)
    ……………………..’…../
    ……….”…………. _.·´
    ……………………..(
    …………………………

  18. Munji Azmi

    Dah bukak dah wakil lu orang pun dah nilai tak kan tak paham lagi.. Bodoh ke ape ape lu ni…

  19. Abdul Jalil

    Melayu dengan gaduh sama melayu cina dan india tepuk tangan bodoh punya melayu

  20. Kamaluddin Idrus

    Main tempek apa yang terjumpa tapi bukan faham apa pun. Bagi penjelasan pun dia akan tempek yang lain plk.

  21. Kamaluddin Idrus

    Mana pergi duit skandal Forex. Itu duit rakyat, khazanah negara.
    1MDB duit pinjaman bank dan tak rugi sesen pun malahan menguntungkan dan sampai sekarang projek masih berjalan dan CSR masih berterusan, membantu bina/repair rumah, hantar jemaah haji dsbnya. Duit skandal Forex mana perginya, Soros untung 12billion je. Mana selebihnya? Kenapa Madey takut sangat sampai lindungan semua. Mana laporan kewangan BNM, mana laporan Audit? PAC tak ada masa tu. Suruh Madey jawab soalan Lim Kit Siang dulu2.

  22. Kamaluddin Idrus

    1MDB disiasat oleh BNM, PDRM, SPRM, Jabatan Audit dan PAC dan AJK PAC dari DAP sendiri kata tiada masalah dan tak rugi.

  23. Kamarulzaman Mahmood

    Tak faham atau tak nak faham?…….he..he

  24. Din Ariffin

    Luarnegara dah perkatakan skandal 1mdb sebagai skandal kewangan paling terbesar dalam sejarah. Us, swiss, singapore dan beberapa negara lain dah lama buka buku siasatan siap ada butiran terperinci lagi. Ada watak2 alam nyata bukan rekaan lagi yang memperkuatkan kes 1mdb seperti riza aziz anak tiri pm dan jho low. Gambo 2 ekor ni pun ada diri sebelah pm. Admin ni bodoh ker apa? Xda mata dan telinga pekak tuli. Kalu tak betul silalah saman. Kalu saman doj dan najib menang mmg aku plak akan menyebelahi pihak admin

  25. Osman Yusof

    Agak2 bila doj nak saman/tangkap Najib….dah bertahun takde apa2 pun.

  26. Din Ariffin

    Tunggu hilang kuasa nanti. Jumpa aku nanti set tmpt. Kita minum petang. Kalu najib kena tangkap blanja aku minum, bole. Jika sebaliknya saya plak blanja tuan minum, setuju?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.