28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

[VIDEO] PAS Puas Hati Pelan Rasionalisasi 1MDB Dan Usaha Yang Dibuat Selepas Jumpa Arul Kanda

Video: https://youtu.be/RJRZ-j-Xw5o


Pas melihat hasrat untuk menyaksikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kembali berada di landasan terbaik boleh direalisasikan, berdasarkan usaha dan komitmen pihak terlibat untuk memastikan pelan rasionalisasi 1MDB berjaya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keyakinan itu hadir selepas me­ngadakan pertemuan meja bulat melibatkan beberapa pemimpin kanan Pas dan 1MDB yang dike­tuai oleh Presidennya, Arul Kanda Kandasamy.

Jelas beliau, berdasarkan pertemuan diadakan, parti Islam itu berpuas hati dengan penjelasan oleh Arul Kanda khususnya berkaitan pelan rasionalisasi yang telah dicadang dan di­usahakan oleh pentadbiran 1MDB dan ke­rajaan.

“Berdasarkan penjelasan Arul Kanda, Pas yakin usaha untuk memulihkan 1MDB bo­leh dijayakan de­ngan mengikut segala pelan rasionalisasi yang te­lah disusun.

“Kami juga percaya syarikat pelaburan itu mampu dipulihkan sekiranya tiada campur tangan pihak yang cuba mengganggu pelan pemulihan yang sedang dijalankan,” katanya.

Pertemuan meja bulat itu yang diadakan di Hotel de Palma Ampang, dekat sini pada pukul 9 pagi itu difahamkan merupakan pertemuan pertama se­umpamanya diadakan antara kepemim­pinan 1MDB dan parti pembangkang.

Turut hadir pada sidang meja bulat itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pensyarah ekonomi dan penganalisis pasaran.

Walaupun beberapa pihak khususnya Pakatan Harapan yang diketuai DAP terus mengecam 1MDB, Tuan Ibrahim berkata, Pas sebaliknya mengambil pendekatan matang untuk memastikan 1MDB kembali pulih.

“Pas berpuas hati terhadap pelbagai usaha yang dibuat dan melihat bebanan hutang yang ditanggung oleh syarikat itu dapat diselesaikan mengikut pelan yang disusun. Kami menyokong usaha-usaha baik demi memulihkan syarikat ini,” katanya.

Pada masa sama katanya, Pas mahu aset-aset 1MDB yang kini diambil alih oleh Kementerian Kewangan (MoF) dipantau oleh Parlimen dalam usaha mengurangkan persepsi buruk terhadap syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, Arul Kanda menyatakan 1MDB tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau ulasan berhubung pertemuan tersebut.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan