30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

[VIDEO] ROMPAKAN BERSENJATA DI SYEKSEN 15 BANGI GAGAL

Detik-detik cemas satu kejadian dipercayai rompakan bersenjata sempat dirakamkan orang awam di sekitar ibu negara, pada Khamis.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan laman Facebook, Ifo Roadblock Jpj/Polis, kejadian berkenaan berlaku berhadapan Petronas Seksyen 15 Bangi.

Jelas maklumat itu, kumpulan penyamun yang menaiki dua buah kereta jenis Toyota Hilux dan Proton Persona cuba merompak mangsa yang menaiki kereta mewah Mercedes berwarna hitam.

Mangsa dipercayai membawa wang tunai gaji pekerja dan diekori dari Uniked sebelum dihimpit oleh kedua-dua buah kereta suspek berdekatan bulatan Seksyen 15.

Namun rompakan tersebut gagal dan ketiga-tiga buah kereta terbabas.

Dalam rakaman selama 39 saat itu, kelihatan pemandu kereta Proton Persona memandu berlawanan arus sebelum melanggar sebuah motosikal.

Kemudiannya, pemandu lelaki itu melarikan diri ke seberang jalan.

Tiada maklumat yang diterima oleh pihak polis bagi mengesahkan kejadian itu.

20161201-video-rompakan-bangi

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.