Home / :: BLOG :: / Zenith sudah mohon maaf, Azeez bakal saman pemimpin pembangkang

Zenith sudah mohon maaf, Azeez bakal saman pemimpin pembangkang

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tertentu yang menuduhnya dirinya terbabit dengan projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menerima notis tuntutan daripada peguam kepada syarikat kontraktor Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd selepas didakwa menerima RM3 juta untuk khidmat rundingan tertentu yang tidak diberikan.

Pada Jumaat, Azeez membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam serta menuntut syarikat itu memohon maaf dalam tempoh empat hari serta menarik balik tuntutan.

Bagaimanapun, pada hari ini di Hotel Tabung Haji di Pulau Pinang, beliau dilaporkan bersedia menyaman pihak terbabit bagi membersihkan namanya.

Sejak menerima surat tuntutan itu, beberapa pemimpin pembangkang seperti  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy mempersoalkan berkenaan tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Azeez.

“Ramai pemimpin pembangkang mengeluarkan tuduhan kepada saya serta Tabung Haji dan UMNO yang tiada kena mengena dengan perkara ini tetapi institusi ini turut diheret dalam serangan ke atas saya.

“Ini adalah pembunuhan karakter, seperti dikata peguam saya. Kita sangat hampir dengan pilihan raya umum sekarang, sudah tentu akan ada lebih banyak serangan kepada saya dan UMNO,” katanya.

“Oleh itu, Saya sudah bercakap dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata Pengerusi Tabung Haji itu.

Sementara itu, beliau turut menunjukkan surat penarikan notis tuntutan terhadapnya yang diterima peguamnya, Messrs Jahaberdeen and Co pada 3 Mac daripada firma guaman Zenith, Syahrul & Hamidi.

Katanya, berdasarkan surat berkenaan, firma itu sudah memohon maaf kerana kesilapan itu, mengakui yang ahli perniagaan itu menggunakan namanya sehingga menyebabkan pemaju percaya bahawa ahli perniagan itu mewakili Azeez untuk berurusan dengan mereka.

Minggu lalu, SPRM dilaporkan menahan dua ahli perniagaan yang didakwa dibayar suapan sebanyak RM19 juta oleh Zenith bagi menutup siasatan serta menerima RM3 juta sebagai upah menghentikan siasatan.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Harga Gula Dunia Merudum, rejim PH Senyap-Senyap Tax rakyat

Siapa yang untung? Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap? Saudagar gula? …………. Harga gula …

9 comments

  1. Azwan Yahya

    Saman cepat2 eh…jangan tunggu lama2…selasa dah ade yg book!!!

  2. Kerambit Jahat

    Sama ja, kemam lama skit story, post utk spin.. tokey pn kroni..dh kena la, guan eng dgn umno la ni

  3. Noor Azam

    Saman jangan x saman. Peguam zenith tu pun bodoh. Keluar notice tuntutan x kan x de document. Firm mana tu?

  4. Kumaresan Nadarajan

    If they not satisfied..show your bank statements…Dato Seri

  5. Afzai Hellmie

    Dia takde plak ngaku dia melayu, lain la keling mcm kau. Semua nak mengaku tanah melayu chola punya…puihhh….

  6. Noor Zaidah

    Saman ja….mohon maaf tak jalan….

  7. Nasirudin Yeop Selan

    wahh,lompat sakan ds bila tuduhan tak betul,fitnah dan berbagai.ingat lah ini permulaan saja,pasti muncul yg betul nanti,walaupun fitnah,kenapa dgn ds mp baling tidak lain2 mp,fikirkan ….

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: