SPRM Ugut Polis Hentikan Siasatan? - pakdin.my

sprm-disiasat-polis

Kenyataan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sangat tidak profesional dan berniat jahat.

“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini. “Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini. “Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat. “Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” beliau berkata kepada Malaysiakini.com.

Beliau juga mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah,” katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Soalnya mengapa SPRM tidak boleh memberi kerjasama atas siasatan Polis yang sudah tentu mempunyai asas kukuh membuka kertas siasastan.

Apakah Bahri merasakan pasukan beliau begitu maksum sehingga tidak boleh disiasat?

Apakah tujuan beliau mengugut pihak Polis yang sedang menyiasat anggota SPRM? Apakah ini bertujuan menakutkan pihak Polis supaya menghentikan siasatan?

Apakah ugutan ini bermakna SPRM akan mula menyiasat anggota Polis secara semberono seperti berlaku di Indonesia?

SPRM sepatutnya bersikap profesional menyatakan bahawa mereka terbuka kepada siasatan dan tidak akan melindungi para pegawainya sekiranya ada kesalahan bukannya mengamuk membuat solat hajat dan menjual nama Allah.

UTAMABERITASPRM Ugut Polis Hentikan Siasatan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium