10 Sebab Kenapa Tommy Thomas Tidak Sesuai Dilantik Sebagai Peguam Negara – Pegawai Eksekutif IKSIM

Kenyataan Akhbar Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM: Pelantikan Peguam Negara

- Advertisement -

(1) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang diPertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.

(2) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan 2 sebuah negara Islam. Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

(3) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini adalah kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016, Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undangundang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

(4) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.

(5) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng 3 sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.

(6) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

(7) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

(8) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

(9) Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

(10) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. Ini adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.

Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakimhakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

oleh: Dato’ Prof. Hj. Mahamad Naser Disa
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia 3 Jun 2018

Dato’ Prof. Hj. Mahamad Naser Disa berpengalaman lebih 25 tahun sebagai Peguam Kanan Persekutuan.

https://pakdin.my/tag/peguam-negara
https://pakdin.my/tag/chin-peng/

#MalaysiaMemilih
#Mahazalim
#Mahafiraun
#FaktaBukanAuta

Berita Berkaitan

Komen

......
  1. Saya merasa sangat terkejut membaca komen bangsa melayu sendiri meludah ke atas bangsa mereka..saya nak tanya dalam 60% populasi di malaysia ni, tiada lagi ke bangsa melayu yg mempunyai integriti yg tinggi dan berkelayakan menjadi AG di malaysia..kalau macam tu, baik semua hakim dan lawyer melayu letak jawatan je..senang..saya rasa taktik Tun dan DAP dalam orang melayu mempersoalkan integriti mereka sendiri dan memandang rendah pada bangsa sendiri telah berjaya..kalau betul komen komen bahawa semua orang melayu dah berkorupsi dan tiada integriti..baik semua keluar je la dari malaysia sebab dah tak layak membangunkan negara..kalau betul tiada orang melayu layak dari 60% untuk menjadi AG baru la cari bangsa lain..malu betul pemimpin melayu dalam parti harapan tidak mengkaji perkara ini..

    saya juga ingin bertanya kepada bangsa cina yg memperjuangkan bangsa malaysia di sini, boleh tak tolong memperjuangkan perkara perkara berikut:

    1) hapuskan semua sekolah skjc dan tinggal sekolah kebangsaan sahaja..alasan orang bukan melayu pun belajar di sana dah lapuk..peratusan sangat kecil..boleh la kan since nak jadi bangsa malaysia , kena gaul dalam sekolah kebangsaan la..boleh hapuskan sjkc..?

    2) memperjuangakn supaya semua bangsa yang bekerja di syarikat cina mendapay layanan yg sama? jgn la bangsa cina gaji lagi tinggi dari bangsa lain? junior bangsa cina masuk..sekejap ke jadi pangkat tinggi..come on la..kesian bangsa lain..tak kan la semua tak pandai dalam syarikat cina? boleh tlg cakap dengan syarikat cina jgn buat camtu lagi? bagi pangkat sampai level kedua ke atau ketiga?

    3) melantik ketua menteri penang orang Melayu? tak kan la dalam parti harapan atau DAP tiada pemimpin Melayu yang layak untuk pimpin penang? tak kan cine je..come on la..bagi la bangsa lain peluang kan? atau dalam parti harapan pun semua melayu korupsi dan tiada integriti? jgn jadi cam BN lantik ketua menteri cina je… cuba jadikan contoh ..lantik ketua menteri bangsa lain di penang, baru la negeri lain malu..boleh tengok bangsa bukan melayu jadi menteri besar atau ketua menteri..set la benchmark..boleh lepaskan hak penang tu?

    4) memperjuangkan supaya manufacturer cina jgn bagi harga barang lain lain kepada bangsa lain..bangsa cina dpt harga lagi murah dari bangsa lain..camne nak menang tender kan? ni siapa businessman faham la kan..haha…sekarang kan bangsa malaysia..semua harga sama

    5) buang tabiat bila bangsa lain nak belajar sesuatu..terus jawab tak tahu tak tahu…takut sangat bangsa lain akan belajar dan maju..share la kan knowledge…
    Bangsa melayu adalah bangsa yg bertolak ansur..banyak mereka bertoleransi..bila bangsa melayu maju baru bangsa lain pun akan maju bersama…untuk makluman orang cina ni tidak akan melepaskan hak hak mereka kepada orang lain..mereka akan terus merampas hak orang lain sehingga walaupun melayu majoriti dalam negara tapi akan menjadi lemah dan pemimpin hanya boneka sebab ekonomi di kawal oleh mereka..mereka ini nampak dah berlaku..cuba pahlawan melayu di sini mohon bangsa cina supaya memperjuangkan hak hak di atas supaya dilepaskan..boleh tak? jangalan dengan 60% populasi, bangsa melayu mengutuk dan meludah bangsa sendiri…tengoklah betapa bersatunya bangsa cina..sebab tu mereka maju..orang melayu hanya tahu bergaduh..konsep divide and rule tengah berlaku..jgn la jadi boneka.. hak hak boleh ada dalam catatan perlembagaan sahaja tetapi dalam realiti hidup semua sudah hilang…ramai melayu undi pakatan harapan supaya mengembalikan kekuatan melayu ..bukannya menghilangkan seperti ini..

  2. Sungguh memalukan agama dan bangsa bila dapat pm yg lansung tak pedulikn bangsa dan agama sendiri..zaman gemilang anda dah lama berlalu wahai tuan pm93..anda tak sehebat mana sekarang ini malainkn anda telah mnjadi kuda tunggangan puak2 yg menepuk2 bahu anda sambil memulas telinga anda yg dah semakin jatuh

  3. Saya berasa sangat sedih kepada keadaan sekarang. Semua benda bangsa lain diberikan.. mula mula MOF dan sekarang AG pulak. Saya nak tanya adakah semua bangsa melayu dah jadi corrupted atau memang tak boleh pakai?? Alasan mereka sebelum ni AG bangsa melayu tapi corrupted.. takkan semua orang melayu corrupted?? Biar betul.. alasan merapu lagi.. apa Tun dan Dap tengah buat. Takkan bangsa melayu semuanya tak guna… kalau macam tu buang semua menteri melayu dan gantikan bangsa lain kerana bangsa melayu tiada integrity…masa pemilihan AG siap kutuk agong rasict ler dan tak hormat langsung.., saya nak tanya adakah bangsa melayu kita memang tak Ada maruah ker?? Woi berpada pada ler.. sebelum lantik bangsa lain menjadi AG, mi tak sekolah satu jenis.. tutup semua sekolah cina atau India. Lepas itu mintak lantik menteri besar penang orang melayu dan letak sekurang kurangnya 30 percent orang melayu dalam dap, jangan letakkan penguassan mandarin untuk mendapat kerja kilang, naikkan pangkat yang saksama disemua kilang cina atau india. Naikkan patriots negara dengan penguassan bahasa melayu dengan betul bukannya cakap pun tak betul. Lepas laksanakan semua ini boleh ler orang melayu bagi benda lain. Ingat bangsa melayu ini boleh dipijak dan mengambil semua keistimewaan.

  4. BILA ASKAR PENCEN BERSUARA, TERSENTAK JIWA… ?

    Ada yang cakap,bagus JASA,SPAD dan JKKP dibubarkan kerana membazirkan wang kerajaan.Ia ada benarnya,tapi terfikirkah kalian kenapa kerajaan sebelum ini mewujudkan badan-badan tersebut ?Untuk makluman kepada semua,badan-badan itu sengaja diwujudkan bagi memberi lebih ruang untuk orang melayu bekerja.Ada kalian lihat yang kerja seperti di atas dari kaum lain ?

    Itulah agenda melayu daripada sekian banyak badan-badan yang diwujudkan itu.Tak semua hal perlu kita hebahkan,dan berhentilah daripada syak wasangka buruk.Kerana adakala kebaikan dan pembelaan terhadap bangsa kita tak perlu diwar-warkan.Namun tahukah kalian semua betapa kaum lain amat irikan segala keperluan dan bantuan yang disediakan di atas nama melayu.

    Membazirkah kerajaan sebelum ini menyediakan 17 ribu peluang pekerjaan secara kontrak kepada mereka-mereka yang telah dibuang ini.Luaskan pemikiran untuk bangsa melayu kita,di sebalik 17 ribu orqng itu sudah tentu ada rantaian tanggungan tiap orang dari mereka.Alangkah sedihnya dikala ramadhan yang mulia ini dan tidak lama lagi aidilfitri bakal tiba.Bagaimana nasib mereka,kemana untuk mereka bergantung harap.

    Disebalik kesedihan mereka ini,sudah tentu berita gembira pada satu kaum lagi,mereka gembira kerana telah dapat merobek akan kepentingan umat melayu di negara ini.Jangan kita terkejut jika TEKUN,MARA,PNB,MRSM,KEMAS dan apa saja kepentingan melayu akan diruntuhkan satu persatu atas nama kesamarataan.

    Jika sebelum ini Kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya dipenuhi mejoritinya melayu,selepas ini akan dipenuhi oleh bangsa yang amat mengidamkan negara ini.Bermula dari kerani,Sus,Supol dan Ksu akan dipelopori oleh mereka ini.Jika dulu bangsa ini yang meminta kepada pemimpin-pemimpin kita,usah hairan hari ini kita melayu pula yang akan meminta-minta dengan bangsa mereka.

    Lihat bahagian kewangan negara sudah cukup.Wang kita bangsa lain yang kendalikan.Usah bicara soal kesamarataan,adil dan saksama.Sudah pasti kelebihan kepada bangsa mereka.Kita hanya akan boleh yang asas sahaja,itu pun sudah semestinya dibahagi sama rata.Sedangkan yang tidak kita tahu semestinya lebihnya bangsa mereka.

    Seburuk-buruk melayu biarlah melayu,kerana akan dapat kepada melayu yang lain juga.Inilah yang dikatakan :-

    “Tergadai segala harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ketangan yang lain
    Pribumi menangis sendiri

    *MEJAR Wan Norshahid Zainol(B)

Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.