UtamaPOLITIK1,430 buah pusat Red...

1,430 buah pusat Red Bean Army cybertoopers ditubuhkan oleh kerajaan - pakdin.my

Sebanyak 1,430 buah Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ditubuhkan di seluruh negara bagi menyampaikan maklumat daripada kerajaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata bantuan rakyat amat penting dalam memainkan peranan sebagai rakan strategik melalui platform yang disediakan Jabatan Penerangan Malaysia itu.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 184 buah telah ditubuhkan di Sarawak setakat 23 Ogos 2019,” katanya semasa berucap pada Program [email protected] 2019 di Kampung Semeba, Batu Kitang hari ini.

Beliau yakin KHM dapat memikul tanggungjawab dan penghayatan orang awam terhadap dasar-dasar kerajaan di samping memperkasakan jaringan komunikasi serta kerjasama antara rakyat pelbagai kaum.

“Tanggungjawab ahli jawatankuasa KHM yang telah dilantik adalah besar kerana mereka merupakan tangan, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan keluh-kesah rakyat selain membantu segala inisiatif kerajaan sampai kepada sasaran,” katanya.

Program hari ini merupakan antara usaha kerajaan untuk menjalin ikatan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat setempat sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan negara.

Hadir sama Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman.

Sementara itu, Chong meminta rakyat supaya memberi ruang dan menyokong kerajaan dalam usahanya memastikan pentadbiran negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Sempena tema Hari Malaysia ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadikan Malaysia lebih baik dengan tadbir urus yang efisen dan lebih telus,” katanya pada program itu.

Sumber: Malaysia-Today

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...