Rumah Paku: Facebook Kementerian Wilayah perli penduduk Kampung Baru dikecam netizen - pakdin.my

Laman rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak memadam hantaran mengenai rumah paku setelah dikecam netizen.

Rata-rata netizen menganggap hantaran tersebut yang menyertakan beberapa keping gambar rumah di tengah jalan raya di China, adalah bertujuan untuk memerli penduduk Kampung Bharu yang menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka.

Admin laman kementerian tersebut memadam hantaran itu tidak sampai beberapa minit selepas laman troll Tentera Troll Kebangsaan Malaysia mengerahkan para likersnya untuk ke sana.

Selepas hantaran tersebut dipadamkan, admin laman rasmi kerajaan itu memohon maaf dengan memberikan alasan perkara itu tidak disengajakan.

Terdahulu, Khalid Samad yang juga menteri Wilayah Persekutuan diejek oleh penduduk Kampung Bharu ketika sesi townhall kelmarin kerana tidak bersetuju dengan tawaran kerajaan membeli tanah mereka pada harga yang dikatakan rendah dari pasaran.

Sumber:
Buletin TTKM

UTAMABERITARumah Paku: Facebook Kementerian Wilayah perli penduduk Kampung Baru dikecam netizen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium