[Video] 1MDB: Banyak sangat keterangan ‘sampah’ oleh saksi, kata Shafee


LIHAT video
https://youtu.be/PirS9SllBDk

Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masuk hari ke-14 dengan saksi ke-9, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyambung keterangan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Kes berprofil tinggi ini melibatkan penyewelengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion dengan dakwaan penglibatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut berhadapan 25 tuduhan lain termasuk penggubahan wang serta salah guna kuasa.

Sejak mula memberikan keterangan Isnin lepas, Shahrol banyak ‘memetik’ nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tanpa memberikan bukti sahih sehingga menyebabkan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit mempersoalkan dakwaan-dakwaan tersebut.

Malah ketika memohon untuk mengeluarkan beberapa perenggan serta dakwaan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah belum lagi memberikan keputusan permohonan pasukan bela setakat ini terutamanya dalam dakwaan keakraban antara Najib dan Jho Low yang hanya dikatakan menggunakan ‘khabar angin’ sahaja.

Semalam ketika bercakap kepada media di lobi mahkamah, Shafee sudah memberikan bayangan apa yang bakal dilakukan olehnya ketika pemeriksaan balas dengan Shahrol kelak lebih-lebih berkait dengan Jho Low.

“Banyak sangat ‘sampah’ yang didakwa oleh saksi ini. Banyak sangat setiap kali ada perkara tidak kena, dia terus secara berulang cakap, saya tidak terima arahan daripada Najib secara terus tetapi apa yang Jho Low cakap kepada saya itu saya percaya.

“Dia ulang-ulang dakwaan malah saya telah mengiranya iaitu sebanyak 76 kali setakat ini yang dia tidak menerima arahan secara terus daripada Datuk Najib.

“Anda ingat lagi pada saksi sebelum ini? Amhari? Pada awal-awal keterangan, sememangnya dakwaan-dakwaan olehnya telah banyak mencemarkan serta memberi gambaran cukup buruk terhadap anak guam saya.

“Tetapi apabila saya buat pemeriksaan balas, barulah kebenaran serta dakwaan itu dapat gambaran jelas malah kita juga dapat tahu tentang hubungan dia dengan Jho Low sebenarnya dengan bermacam-macam telah diberikan oleh ahli perniagaan itu kepada Amhari.

“Jumpa Jho Low di rumahnya seolah-olah itu juga adalah pejabat mereka, jumpa di hotel dan sebagainya.. Akhirnya, apa yang Amhari cakap itu seolah-olah satu pusingan ‘U’ yang besar tentang anak guam saya.

“Saya minta kamu (pemberita) untuk berikan peluang yang sama ketika membuat laporan perbicaraan itu. Jangan buat rumusan terlebih dulu. Pemeriksaan balas adalah jawapan untuk mengetahui kesahihan apa yang didakwa oleh saksi ini.

“Dengan berjawatan tinggi sebagai CEO 1MDB, anda semua akan terkejut dengan jumlah gaji yang diterimanya nanti. Pastinya kamu akan jatuh dari kerusi atau ternganga. Tetapi dengan gaji serta jawatan ini, saksi ini katanya dirinya tidak lebih daripada hanya menerima arahan Jho Low dan setakat tandatangan dokumen sahaja?

“Kita tengok nanti,” katanya.
Perbicaraan akan bersambung sebentar lagi dengan Shahrol menyambung penyataan saksi 270 muka surat itu dan di jangka ianya tidak akan habis pada hari ini. –MalaysiaGazette

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...