BERITAKeputusan inkues titik mula, peguam harap pembunuh Adib ditangkap

Keputusan inkues titik mula, peguam harap pembunuh Adib ditangkap

SHAH ALAM — Peguam keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim menyifatkan keputusan inkues hari ini sebagai satu permulaan.

Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata pasukan guaman berharap polis akan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Mahkamah Koroner hari ini memutuskan berdasarkan apa yang berlaku merujuk bukti, saksi dan keterangan pakar yang diberikan kepada mahkamah.

“Seterusnya kami meminta polis dan peguam negara mengambil tindakan bagi menangkap penjenayah dan mendakwanya di mahkamah.

“Inkues ini bukan kesudahan tetapi hanyalah permulaan. Mahkamah hari ini memutuskan Adib mati disebabkan dipukul,” katanya. 

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Adib tahun lepas akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Koroner Rofiah Mohamad menyampaikan keputusan itu selepas 41 hari inkues yang melibatkan 30 saksi sejak Februari lepas.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Mengenai kami