[Video] 14 cedera jambatan runtuh di Taiwan

0
2367

TAIPEI: Sebatang jambatan di sebuah pelabuhan dekat timur laut Taiwan runtuh hari ini (1 Okt), menimpa beberapa buah bot nelayan.

Sekurang-kurangnya 14 orang cedera termasuk enam warga Filipina dan tiga nelayan Indonesia.

10 dikejarkan ke hospital dengan enam daripadanya berada dalam keadaan serius.

Para penyelam kini mencari enam orang lain yang dipercayai masih terperangkap di dalam air.

Jambatan di bandar pelabuhan Su’ao tersebut runtuh sekitar jam 9.30 pagi Selasa (1 Okt) ketika sebuah lori tangki minyak sedang melaluinya, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Punca nahas belum jelas tetapi taufan Mitag sekencang 162 kilometer sejam malam semalam membadai Taiwan dan menyebabkan 12 orang cedera.

Bekalan elektrik bagi lebih 66,000 rumah juga terputus ekoran

– REUTERS/AA/fz