Bekas Speaker Parlimen Nepal berdepan dakwaan merogol - pakdin.my

Parti Komunis Nepal memintanya untuk melepaskan jawatan selepas beberapa pertuduhan dikenakan

KATHMANDU – Bekas Speaker Parlimen Nepal ditahan selepas polis menerima laporan kakitangannya yang mendakwa dirinya dirogol.

Penahanan Krishna Bahadur Mahara itu dilakukan selepas mahkamah di sini mengeluarkan waran terhadap Mahara yang telah melepaskan jawatannya pada hari Selasa.

Bagaimanapun, Mahara menafikan dakwaan merogol itu.

Wanita itu menuduh Mahara mabuk dan menyerang di apartmennya pada Ahad.

“Saya tidak fikir ia akan datang, dia memaksa dirinya sendiri (saya) … dia pergi selepas saya berkata saya akan menghubungi polis,” katanya dalam temu bual di media tempatan yang dipetik oleh Reuters.

Mahara adalah ketua perunding untuk Maoist semasa rundingan damai yang berakhir perang saudara sedekad Nepal pada tahun 2006.

Beliau dipilih sebagai Speaker selepas satu perikatan pemberontak dan komunis menang dalam pilihan raya pada 2017.

Parti Komunis Nepal memintanya untuk melepaskan jawatan selepas beberapa pertuduhan dikenakan ke atas Mahara dan peningkatan protes terhadapnya di media sosial.

Pertuduhan yang dihadapi Mahara itu adalah sangat jarang berlaku dalam kalangan ahli politik kanan Nepal. 

UTAMADUNIABekas Speaker Parlimen Nepal berdepan dakwaan merogol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium