Foodpanda kekal skim pembayaran baharu - pakdin.my

Skim baharu itu bertujuan untuk meningkatkan potensi pendapatan rider

Syarikat penghantaran makanan dalam talian Foodpanda akan mengekalkan skim pembayaran baharu untuk rider di luar Lembah Klang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu sebelum mengambil langkah seterusnya, jika perlu.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata data awal yang dikumpulkan selepas pelaksanaan skim itu pada 30 Sept lepas menunjukkan perkembangan positif dengan sebilangan besar penunggang memperoleh pendapatan lebih daripada sebelumnya.

“Kami yakin bahawa perubahan yang dibuat adalah untuk lebih baik, oleh itu kami akan berpegang kepada kepada skim itu buat masa ini, ” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Bertentangan dengan apa yang dilaporkan, skim baharu itu sebenarnya memberi peluang kepada rider untuk memperoleh pendapatan sehingga 50 peratus lebih, dan mereka yang tidak berkerja juga mendapat motivasi untuk mengambil lebih banyak shif untuk memperoleh pendapatan yang lebih,” katanya.

Satyan berkata skim baharu itu bertujuan untuk meningkatkan potensi pendapatan rider ketika syarikat tersebut memperluaskan kedudukannya di pasaran Malaysia yang unik tanpa menjejaskan kebajikan rider syarikat tersebut.

Sayantan menggalakan rider yang tidak berpuas hati untuk mencuba skim baharu sebelum menilainya dan percaya bantahan yang dibangkitkan oleh sebilangan kecil rider dan pihak berkepentingan adalah berpunca dari salah maklumat yang diterima mengenai skim tersebut.

“Kebanyakan rider sebenarnya telah menggunapakai skim baharu, tetapi bagi rider yang tidak berpuas hati, mereka bebas kekal di Foodpanda dan juga bebas untuk meneroka peluang pekerjaan meliputi pemain lain di pasaran,” katanya.

Beliau berkata mogok yang dimulakan walaupun sebelum skim tersebut dilaksanakan melibatkan kurang daripada satu peratus daripada jumlah riderm dan oleh itu operasi penghantaran berjalan seperti biasa.

Di bawah skim baharu dilaksanakan di luar Lembah Klang yang merangkumi 30 peratus daripada 13,000 rider di seluruh negara, kadar sejam telah dimansuhkan tetapi bayaran bagi setiap pesanan telah dinaikkan antara RM4.50 kepada RM7 sejam, berbanding RM3 kepada RM5 sebelum ini.

Rider juga akan menerima tambahan RM1 setiap pesanan untuk semua pesanan antara 11 malam dan 9 pagi setiap hari, dan insentif RM100 apabila menamatkan 60 jam kerja seminggu.

Di Kuala Lumpur, rider masih mendapat gaji asas RM4 setiap jam dan antara RM3 dan RM5 setiap pesanan. Bayaran bagi setiap pesanan berbeza mengikut “batch” (tahap prestasi) setiap rider.
— BERNAMA

UTAMABERITAFoodpanda kekal skim pembayaran baharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium