BERITABumbung KLIA bocor

Bumbung KLIA bocor

Pasukan operasi lapangan terbang bertindak dengan pantas

PUTRAJAYA – Insiden bumbung sebuah premis Flying Emporium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini berjaya dikawal sepenuhnya meskipun mengalami kebocoran akibat hujan lebat petang tadi.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam  satu kenyataan menerusi akaun Twitter berkata, kebocoran bumbung yang berlaku pada pukul 3.40 petang itu dapat dihentikan dalam tempoh 20 minit dan insiden itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.

“Pasukan operasi lapangan terbang bertindak dengan pantas menggerakkan petugas dan jentera ke sana untuk menangani insiden itu.

“Pergerakan para penumpang juga telah diarahkan kepada satu bahagian yang tidak terjejas akibat insiden itu sewaktu mesin vakum menyedut air yang bertakung di premis berkenaan,” katanya.

MAHB turut berkata, insiden itu sedang disiasat dan tindakan bagi menambah baik infrastruktur sentiasa dilaksanakan.

Selain itu, pihaknya juga  memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang timbul terhadap para pelanggan dan rakan niaga. – K! ONLINE

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami