Tuesday, October 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

#PRKTanjungPiai: Guna saluran betul jika mahu bincang isu calon – Tengku Putra - pakdin.my

Sebarang kenyataan peribadi yang membawa perdebatan di kalangan sukarelawan dan jentera BN hanya akan memburukkan lagi keadaan

Semua komponen Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan saluran mesyuarat Majlis Tertinggi BN dalam isu pemilihan calon paling sesuai untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat menegaskan, sebarang kenyataan peribadi yang membawa perdebatan di kalangan sukarelawan dan jentera BN hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Kebelakangan ini terlalu ramai pihak yang mengugut, mendesak dan memberi nasihat supaya calon di PRK Tanjung Piai diserah kepada MCA. Lebih memalukan, pada 26 September, Ketua MCA Bahagian Kapar, Song Kee Chai mengugut untuk keluar parti jika mereka tidak mendapat kerusi di Tanjung Piai.

“Pada 8 Oktober lepas pula, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran pula mendesak UMNO supaya tidak merampas kerusi MCA di Tanjung Piai. Di manakah Vigneswaran apabila MCA enggan menggunakan lambang BN pada PRK di Balakong lepas?

“Pada 10 Oktober pula, beberapa portal melaporkan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub pula menyuarakan pandangan sama yang memihak kepada MCA,” katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, Setiausaha Aguna UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kepimpinan BN dalam proses menyenarai pendek senarai calon dari parti-parti komponen.

Jelasnya, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari penamaan calon pada 2 November ini.

Dalam pada itu tegas Tengku Putra, Kee Chai disaran keluar parti tanpa perlu menunggu penamaan calon kerana UMNO dan BN termasuk yang di akar umbi sudah tidak lagi termakan dengan ugutan seumpama itu.

“Kepada presiden-presiden dalam BN termasuklah Vigneswaran, sila gunakan saluran yang betul iaitu melalui mesyuarat MT BN untuk bergasak fikiran dan membuat keputusan muktamad mengenai isu berkenaan.

“Sementara untuk pihak veteran UMNO pula, saya cadangkan mereka berjumpa secara tertutup dengan pucuk pimpinan untuk menyampaikan pandangan dan sebarang nasihat mengenai calon di Tanjung Piai nanti,” ujarnya.

Tambahnya, kewujudan pihak berkenaan bukan untuk menjadi kuasa pendesak lebih-lebih lagi apabila saluran yang tepat sentiasa terbuka untuk mereka bermesyuwarah.

“Sekarang, jika calon MCA dipilih bertanding di kerusi Tanjung Piai, ia mungkin akan menampakkan seolah-olah UMNO tunduk kepada desakan dan ugutan sementara jentera BN yang majoritinya terdiri dari akar umbi UMNO pula mungkin merasa kurang senang.

“Langkah terbaik adalah menyerahkan sahaja kepada pucuk pimpinan BN pusat dan Johor, lebih2 lagi dengan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad yang berasal dari  Pontian di mana Tanjung Piai dahulunya berada di bawah naungannya. Tentunya ada kelebihannya di situ In Sha Allah,” katanya.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor akan diadakan pada 16 November manakala hari penamaan calon ditetapkan para 2 Nov.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lepas, akibat mengalami komplikasi jantung.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap – Zambry

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

[VIDEO] Pang mula tugas wakil rakyat – santuni masyarakat KKB

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

PRK KKB: Kekal milik PH, Pang menang majoriti 3,869 undi

Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB)

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: