Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Wujud transaksi kewangan dalam jumlah besar untuk aktifkan LTTE – Ayob Khan - pakdin.my

Wujud transaksi kewangan dalam jumlah besar untuk aktifkan LTTE – Ayob Khan - pakdin.my

Polis hari ini mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah yang besar dipercayai untuk mengaktifkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, transaksi kewangan itu dikesan dalam akaun individu yang ditahan dalam operasi pada Khamis dan Sabtu (10 dan 12 Okt) kerana disyaki terbabit LTTE.

“Hasil penggeledahan terhadap premis serta telefon bimbit suspek, polis merampas bendera, poster, gambar pemimpin LTTE serta mengesan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar.

“Transaksi kewangan ini dipercayai untuk membiayai aktiviti mempromosi, merekrut serta menggerakkan program LTTE di negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau yang enggan menjelaskan jumlah nilai transaksi kewangan yang dikenalpasti, berkata polis mendapati kumpulan LTTE itu mempunyai cawangan di setiap negeri.

“Ada pergerakan untuk cuba aktifkan LTTE dan sebab itu polis tangkap untuk tidak benarkan aktiviti kumpulan ini berkembang.

“Ada dua yang ditahan dan merancang melakukan serangan secara ‘Lone Wolf’ di negara ini contohnya mereka pernah mencederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Ibrahim Ansar pada 2016,” katanya.

Sementara itu, Ayob Khan menegaskan tangkapan LTTE tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan politik sebaliknya ia isu keganasan.

“Tangkapan dibuat kerana sokong keganasan dan polis tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tidak kira dari parti mana. Polis akan terus jalankan siasatan dan jika ada asas serta bukti kukuh, tangkapan susulan akan dilakukan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran sesiapa yang terlibat membiayai dan menyokong LTTE kini berada dalam ‘radar’ Counter Terrorism Cawangan Khas

BACA juga  [VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi

Ditanya mengapa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan tidak diambil keterangan terlebih dahulu, Ayob Khan berkata: “Ini kesalahan keselamatan dan jika hanya ambil keterangan, mereka akan bagi ‘statement on surface’ selain polis tiada hak untuk geledah”.

Mengulas penularan gambar pemimpin dengan individu dikaitkan LTTE, beliau berkata polis tidak sewenang-wenangnya menahan mana-mana individu.

Beliau turut menjelaskan adalah tidak menjadi kesalahan untuk bersimpati dengan nasib etnik Tamil di Sri Lanka, tetapi tindakan menyokong LTTE adalah salah.

“LTTE telah diisytihar satu kumpulan keganasan… kenapa perlu sokong lagi kumpulan ini,” katanya.

Seramai 12 individu termasuk dua ADUN ditahan pada Khamis dan Sabtu (10 dan 12 Okt) kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE.

Kumpulan LTTE disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014. — BERNAMA

Sidang media khas Mesyuarat Khas
Penangkapan Pengganas LTTE

LIHAT video
https://youtu.be/9s8RGVL2MhY

https://pakdin.my/tag/ltte

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468

TERKINI

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran – BWF

BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632

[VIDEO] Pemandu mabuk rempuh tiga penunggang berteduh di NKVE

Kereta yang dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165622

K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Lubuk Hantu

Menurutnya usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua itu masih diteruskan melibatkan 24 anggota bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165574

[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang

Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165563

[VIDEO] Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290

Howrah Superfast Express tergelincir dan bertembung dengan Coromandel Express BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165553

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

Wanita pertama di dunia menerima vaksin kanser payudara berkata ia ‘luar biasa’

Klinik Cleveland dan Anixa Biosciences mengeluarkan data awal pada April 2023 yang menunjukkan bahawa semua peserta dalam percubaan membina tindak balas imun. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165534

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526