BERITADua kepala disyaki mangsa bunuh kerat lapan di Melaka ditemui

Dua kepala disyaki mangsa bunuh kerat lapan di Melaka ditemui

Dipercayai dibunuh di rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya

MELAKA TENGAH — Dua kepala dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam seorang wanita dan anak lelakinya di Kampung Ladang, Krubong, ditemui polis.

Tidak menyatakan lokasi, ketua polis Melaka berkata bagaimanapun berkata identiti pemilik anggota badan berkenaan masih belum dapat dipastikan, lapor Sinar Harian.

Datuk Mat Kasim Karim berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan termasuk keterangan keluarga mangsa.

“Dalam masa sama keputusan lanjut akan dimaklumkan dan biar pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Lapan bahagian badan mayat manusia yang dikerat ditemui di kawasan semak 10 Oktober lalu, dipercayai dibunuh di rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya sebelumnya.

Susulan itu seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tular di media sosial punca kes disebabkan pergaduhan suami isteri, namun tiada sebarang pengesahan polis.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

31 Mei 2026: Rangkuman berita politik Malaysia dalam teater busuk — Semua pihak berebut, semua pihak berkhianat

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami