Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[Video] 1MDB: Shafee ‘belasah’ hingga Shahrol terdiam - pakdin.my

[Video] 1MDB: Shafee ‘belasah’ hingga Shahrol terdiam - pakdin.my

Ketika diasak bertalu-talu oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebentar tadi, saksi ke-9 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkedu dan seolah-olah tidak tahu apa yang hendak dijawab.

Shafee ketika pemeriksaan balas dengan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB terdiam dan tidak mampu menjawab soalan tentang mengapakah beliau sesuka hati menandatangani minit mesyuarat yang tidak dihadirinya.

Walaupun tidak menghadiri mesyuarat tersebut, Shahrol tetap menurunkan tanda tangan minit mesyuarat ‘palsu’ itu kerana mendakwa ianya telah diminta oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jo atau Jho Low.

Shafee merujuk kepada sebuah minit mesyuarat antara Pengerusi Tetap Lembaga Penasihat (CBOA) iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Shahrol sebagai CEO 1MDB pada tarikh 30 Mac 2011 yang kemudiannya diberikan kepada Shahrol untuk disemak di mahkamah sebentar tadi.

Saksi iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 OKTOBER 2019.

Dakwa Shahrol, minit mesyuarat itu diberikan oleh Jho Low dan telah ditandatangani oleh Najib sendiri.

Shahrol mengakui menandatangani minit palsu kerana beliau percaya Najib dan Jho Low bekerja bersama demi membawa kebaikan untuk Malaysia.

Shafee: Ok. Saya hendak tanya kamu, adakah kamu faham fakta serta apakah urus niaga yang kamu tandatangan ini?

Shahrol: Tidak.

Shafee: Tahukah kamu apakah sebenarnya minit mesyuarat ini? (dalam nada tinggi)

Shahrol: Tidak.

Shafee: Tapi kamu tandatangan begitu sahaja?

Shahrol: Ya, betul.

Shafee: Tahukah kamu, kamu adalah CEO syarikat? Ada benda yang dibuat di luar pengetahuan kamu, kamu langsung tidak tahu. Tetapi hanya sekadar menandatangani apa sahaja yang diberikan. Tidak lebih daripada ‘rubber stamp’ (memberi kelulusan tanpa pertimbangan).

BACA juga  Najib ambil tindakan undang-undang terhadap Harakah

Shahrol: Pada anggapan saya, Najib dan Jho Low sedang melakukan sesuatu yang baik untuk negara dan saya hanya sekadar mengikut arahan sahaja sebenarnya. Pada saya, 1MDB adalah ‘alat’ untuk mencapai matlamat kebaikan negara yang saya katakan itu.

Shafee: Mesyuarat apa ini?

Shahrol: Saya betul tidak tahu.

Shafee: Kamu tahu peranan kamu sebagai CEO adalah membantu Najib sebagai CBOA tidak ‘main’ tandatangan ‘sampah’, contoh seperti minit mesyuarat palsu ini?

Shahrol: Saya masih menganggap Jho Low mewakili Najib dan mereka berdua sentiasa bekerjasama.

Shafee: Ok. Jadi kamu rasa Najib duduk sendirian, buat mesyuarat dengan dirinya sendiri? Begitu? Kerana kamu sudah akui tidak pula hadirkan diri dalam mesyuarat ini. Selepas itu, ada orang buatkan minit mesyuarat ini. Ini adalah ‘silo’ paling hebat yang pernah saya dengar. Macam psiko bukan?

Shafee kemudian terus menyambung menyoal Shahrol tentang apa yang telah dilakukan olehnya sebagai CEO 1MBD pada ketika itu.

Shafee: Kamu sedar atau tidak apa yang telah kamu lakukan ini? Kamu telah tandatangan satu dokumen palsu yang di reka-reka. Ini satu pembohongan, penipuan. Kamu sanggup letak tanda tangan dokumen tidak benar.

Shahrol yang terdiam seketika kemudian memberikan jawapan yang tidak di sangka-sangka.

Shahrol: Saya tandatangan kerana Jho Low yang arahkan saya berbuat demikian. Katanya Najib yang mahu saya tandatangan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 OKTOBER 2019.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah kemudian menangguhkan perbicaraan lebih awal dan akan bersambung pada Isnin depan jam 9.30 pagi kerana Shafee terpaksa berjumpa pakar mata. –MalaysiaGazette

BACA juga  1MDB Sahkan Dokumen Dikemukakan Kepada Jabatan Audit

LIHAT video

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Mahathir bersama Anwar di pentas PAS mengecam Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Tahun 1969 Mahathir pernah bersama Anwar berucap di pentas PAS mencerca dan memfitnah PM Tunku Abdul Rahman. Tak pulak Mahathir kena ISA, setakat kena pecat...

TERKINI

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Kita tidak lagi boleh hidup dalam penafian. Kita tewas dalam dua PRU lepas. Kita bukan lagi blok politik Melayu terbesar dalam demokrasi Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753

[VIDEO] Gempa bumi lemah landa Semporna

Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165742

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679