UtamaNAJIB RAZAK Najib tidak ada...

[Video] Najib tidak ada kuasa mutlak dalam SRC International – Shafee - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh disabitkan denga tuduhan pecah amanah (CBT) kerana beliau tidak memiliki kuasa mutlak ke atas SRC International Sdn Bhd. sehingga membolehkan sesuatu keputusan diambil secara sendirian.

Ketika penghujahan yang berakhir sebentar tadi, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa anak guamnya tidak mempunyai kuasa kawalan ke atas SRC International seperti yang didakwa, sebaliknya ‘pihak lain’ lebih berkuasa.

Kata Shafee, sebenarnya mereka yang mempunyai kawalan ke atas wang syarikat itu adalah yang berjawatan pengarah dan penandatangan akaun bank syarikat itu.

“Yang pasti Najib bukanlah antara orang yang mempunyai kuasa atau kawalan terutamanya ke atas wang syarikat tersebut. Untuk dana SRC, yang boleh membuat keputusan adalah pengarah yang menandatangani akaun.

“Malah Najib juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melupuskan apa-apa atau mana-mana aset SRC International begitu sahaja tanpa mereka yang lain.

“Jadi bagaimana mahu menuding jari kepada anak guam saya bawah CBT? Bagi tujuan itu, pendakwaan sepatutnya perlu membuktikan tertuduh telah menerima wang itu dan dengan sengaja menyimpannya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Shafee merujuk kepada Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mana undang-undang CBT adalah kesalahan dilakukan oleh seseorang yang diamanahkan dengan harta atau dengan apa-apa kekuasaan ke atas harta itu.

Selain itu, Shafee juga berhujah dengan memberitahu bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan tidak seharusnya hanya sekadar ‘khabar angin’ atau dengar-dengar sahaja.

“Bukan sahaja dalam kes ini malahan dalam prosiding 1MDB juga begitu. Inilah masalahnya, pendakwaan tidak faham kita tidak boleh sesuka hati berkata itu adalah bukti berdasarkan cakap-cakap tanpa bukti.

“Yang mendakwa khabar angin ini adalah saksi dan yang dikatakan telah berkata atau melakukan perbuatan sedemikian pula tidak di bicarakan. Bagaimana begitu?,” ujarnya.

Shafee merujuk kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai akan dibawa balik ke Malaysia penghujung tahun ini oleh pihak berkuasa.

Jelas Shafee, kebanyakan kenyataan saksi hanya berkisarkan apa yang telah didakwa oleh Jho Low namun pihaknya tidak dapat menyoal balas lelaki dalam buruan itu sehingga kini.

Keputusan sama ada Najib bebas dalam tuduhan menerima suapan sebanyak RM42 juta selain salah guna kuasa serta penggubahan wang SRC International atau akan dipanggil untuk membela diri di tentukan pada 11 November ini. –

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988