BERITA Belanjawan 2020: Hutang negara sudah cecah RM800 bilion

[DINtv] Belanjawan 2020: Hutang negara sudah cecah RM800 bilion

Dulu, penyokong PH tak percaya saya apabila saya dedahkan bahawa hutang negara naik dengan amat cepat di bawah PH.

Beberapa bulan dahulu, saya kata hutang negara sudah cecah RM800 bilion (berbanding RM686.8 bilion masa BN), mereka tetap tak percaya.

Sekarang, boleh dengar sendiri dari mulut Guan Eng sendiri.

Baru penyokong PH puas hati bahawa Najib tak bohong dan tak salah kira (padahal saya tak pernah salah titik perpuluhan).

Hutang negara pada akhir bulan Jun sudah RM799.1 bilion (sekarang dah cecah RM812 bilion).

Nisbah hutang negara kepada KDNK pun naik ke 52.7% (berbanding 48.7% pada suku pertama tahun 2018 masa BN).

Hutang kasar baru dipinjam oleh kerajaan PH untuk ENAM bulan pertama tahun 2019 adalah RM81.3 bilion.

Tapi saya pelik kenapa dia kata hutang RM32 bilion 1MDB yang hanya perlu dibayar balik sepenuhnya pada tahun 2039 boleh menjahanamkan negara pula padahal 1MDB banyak aset.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami