Saturday, June 22, 2024
28.7 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

[DINtv] Tular lembu terpelanting dirempuh kereta, warga maya kongsi kisah nahas 

Kecelakaan boleh menimpa bila-bila masa, di mana jua. Lebih malang, nahas berlaku disebabkan kecuaian pihak lain.

Saban hari, ada saja kemalangan jalan raya akibat terlanggar haiwan ternakan. Namun, jarang pula kita dengar kisah mereka  yang mengalami sendiri pengalaman seumpama itu.

Dimuat naik pentadbir akaun Twitter Info Kuala Langat semalam, rakaman seekor lembu terpelanting dilanggar kereta dipercayai berlaku di daerah itu mendorong warga maya berkongsi pengalaman membabitkan haiwan itu termasuk kes yang membawa kematian.  

Adik aku meninggal pun sebab kerbau peliharaan orang dilepaskan macam tu je tepi jalan,” tulis Hanis mengulas rakaman yang dikongsi lebih 5,000 kali setakat ini.

Kita tak boleh salahkan binatang yang tidak berakal, sebagai pembela, anda sepatutnya bijak memelihara binatang dan elakkan turut menjadi binatang,” katanya lagi.

Bersetuju dengan pandangan Hanis, Syamsul Nazri pula menceritakan tragedi menimpa rakan karibnya yang meninggal dunia akibat terlanggar lembu tidur di jalan raya.

Lembu patah kaki. Member aku rabak perut kena pembahagi jalan. Dah jam 6 pagi lebih baru orang perasan. Umum dekat masjid, siapa tak mengaku,” katanya dengan nada sedih

Beliau mendakwa haiwan tersebut  dibiar “lepas macam tu sahaja”, namun beliau tidak pasti sama ada pemiliknya menyorok atau ia disembelih di luar kampung.

Berkongsi perkara sama, Muhammad Syaifullah mendedahkan beliau tercedera dalam insiden dengan “kenderaan tak ada insurans

Adoi. Dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim [buat tuntutan]?”

Situasi sama menimpa Hajar Saadon apabila kereta abangnya yang baru dibeli terlanggar lembu yang tiba-tiba melintas jalan sehingga kenderaan tersadai berbulan-bulan lamanya.

Production Sparepart (pengeluaran alat ganti) pun tak jual lagi. Tersadailah juga berbulan. Alhamdulillah sekarang dah boleh digunakan semula,” katanya.

Justeru, ramai warga maya menempelak pemilik yang tidak menambat haiwan peliharaan mereka hingga mengundang nahas.

Macam ni lah hari-hari pergi [dan] balik kerja. Kang kalau curi, tuan tiba-tiba mai dari ceruk mana tak tau. Kalau kata eksiden, tuan hilang tinggai kentut ja. Harrey,” kata Daia.

Curi dua tiga ekor. Bila tuan lembu cari, ajak pergi balai sebab biar lembu-lembu berkeliaran atas jalan raya,” kata Huda pula.

Aku anti betul dengan orang yang bela lembu lepas tu biar berkeliaran macam ni. Patah tangan weh aku langgar lembu dengan motor,” katanya lagi.

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img