JDT julang Piala Malaysia - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka raja bola sepak tanah air ketika ini apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menewaskan Kedah 3-0 pada aksi final di Stadium Nasional
Bukit Jalil malam ini.

Dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Leandro dan Safawi Rashid serta Syafik Ahmad pada babak kedua memastikan trofi itu kembali menuju ke selatan tanah air selepas Johor muncul juara pada 1985, 1991 dan 2017.

Gelaran itu melengkapkan kabinet trofi Johor DT sejak ditubuhkan pada 2013 apabila mereka merangkul kejuaraan Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 dan musim ini, Piala FA 2016, Piala Sumbangsih 2015 dan 2016 serta Piala AFC 2015.

Final yang disaksikan 80,000 penyokong ibarat pertemuan buku dengan ruas apabila Johor DT mahu memburu gelaran kedua musim ini selepas meraih kejuaraan Liga Super kali keenam berturut-turut.

Helang Merah juga mengintai trofi kedua selepas menewaskan Johor menjulang Piala FA dengan mengecewakan Perak 1-0 pada final.

Kedah yang dibimbing Aidil Sharin Sahak serba tidak menjadi pada final ini apabila gagal menguasai bola di atas padang yang basah.

Sementara itu, strategi jurulatih JDT, Benjamin Mora memasukkan bekas pemain Kedah dan pemain kebangsaan, Syafik nyata memberi impak apabila menyentap semangat lawan dengan gol ketiga pada minit ke-57.

Kedah yang memburu kejuaraan keenam selepas 1990, 1993, 2007, 2008 dan 2016 cuba kembali bangkit pada babak kedua namun terus terkulai layu hingga wisel penampat ditiupkan. – 

UTAMAGAYA HIDUPJDT julang Piala Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium