Saya faham ada suka duka kepada pemenang dan tempat Kedua dalam Piala Malaysia. Kedua-dua sama hebat. Lumrah permainan ada nombor 1 dan ada tempat kedua.
Namun agak sedikit terkilan, ada beberapa video menjadi bahan jenaka. Contohnya seperti video adik ini. Adik ini penyokong Kedah. Dia menangis kerana Kedah tidak menang dalam Piala Malaysia.
Tindakan merekod dan menyebarkan videonya ini merupakan satu bentuk buli. Ini dinamakan buli siber.
Budak ini kecewa kerana Kedah tumpas. Tetapi budak ini akan malu selama-lamanya sekiranya dia melihat video ini. Tambahan lagi, sekiranya dia ke sekolah pada Isnin ini di ejek oleh rakan-rakannya.
Bagaimanakah perasaannya? Kita tidak boleh jangka apa yang dia rasa, emosinya dan tindakannya. Kita takut dek kerana malu, dia akan bertindak di luar fikiran kita.
Maka, saya mohon kepada rakan-rakan yang ada upload dan sebarkan videonya, harap turunkan. Saya yakin jika kita tutup aib insan lain, maka Allah akan tutup dan jaga aib kita.
#gengtolakbuli
https://www.instagram.com/tv/B4ZBj-xjEB8/?igshid=1fvzvj7ghn89o
Oleh Mohd Fadhli