Adakah TH perlu menjual saham untuk memenuhi pengeluaran simpanan yang besar - pakdin.my

Saya tengok Tabung Haji masih gigih menjual saham-saham mereka – sehingga mereka bukan lagi pemilik saham besar dalam syarikat air Johor Ranhill Berhad.

Syarikat-syarikat lain yang mereka sedang jual pada ketika ini pula termasuk MRCB (yang sedang membina LRT3 dan syarikat Cahya Mata Sarawak).

Media bisness juga tertanya-tanya minggu lepas kenapa TH terdesak sehingga perlu jual pada ketika pasaran saham masih lemah.

“26 Oct 2019: Short Position – The big sale is on ”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/10/26/short-position—the-big-sale-is-on

Makin banyak jual, makin rendah harga saham milik TH.

Adakah ini kerana TH perlu menjual saham untuk memenuhi pengeluaran simpanan yang besar akibat ramai masih terus menarik keluar wang mereka?

Jumlah nilai deposit TH:
31 Dis 2014: RM54.4 bilion
31 Dis 2015: RM62.5 bilion
31 Dis 2016: RM67.7 bilion
31 Dis 2017: RM73.5 bilion
31 Dis 2018: RM74.5 bilion
30 Jun 2019: RM71.0 billion

Sebelum PRU14, jumlah deposit naik dengan ketara setiap tahun.

Tetapi selepas PH jaga, jumlah nilai deposit di TH mula menurun.

Adakah matlamat TH tidak lagi untuk Memperkasa Ekonomi Ummah?

Dan apakah nasib Hibah untuk tahun 2019 ini?

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKAdakah TH perlu menjual saham untuk memenuhi pengeluaran simpanan yang besar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium