PILIHAN RAYAJangkaan parlimen bubar awal bagi jentera BN siap sedia

Jangkaan parlimen bubar awal bagi jentera BN siap sedia

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka membubarkan parlimen pada awal tahun depan, gurau Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata, keputusan pembubaran parlimen tersebut merupakan kuasa mutlak Mahathir dan beliau tiada pengetahuan terhadap perkara itu.

“Itu (bubar parlimen) hanya gurauan sahaja, tidak… bagaimana saya hendak tahu, itu semua keputusan PM, saya tidak tahu.

“Saya cuma mahu menimbulkan kesedaran kepada jentera UMNO dan BN (Barisan Nasional) bahawa jangan rasa senang lenang…kita mesti bersiap sedia.

“Kalau sekiranya PRU diadakan awal, apakah UMNO dan BN sudah bersedia? Itu yang saya hendak bagitahu jadi jangan ambil sambil lewa,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah berkelompok BN di pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Penerok, di sini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad meminta semua jentera UMNO agar tidak menganggap kerjasama antara UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional menjamin kemenangan BN pada PRU-15.

Ujarnya, kesemua penyokong BN mesti mempertimbangkan Sabah dan Sarawak sebagai faktor penyumbang utama untuk menang.

“Selain itu pemilihan calon dari MCA kali ini menunjukkan UMNO tidak bersifat perkauman. Kita pandang gambar lebih besar yang kita tidak hanya lihat keperluan kemenangan di Parlimen Tanjung Piai.

“Kita mahu hantar mesej UMNO bukan perkauman. Apakah keputusan menyatupadukan orang Melayu dianggap rasis? Definisi rasis sudah salah kalau dianggap sedemikian,” tegasnya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami