Tak lama lagi dah ‘DAP’ hendak kena tendang, kata individu yang menyerupai MB Perak.
Sah juga DAP mengawal PH sekarang 😂
Bersedialah dengan kemungkinan individu dalam video tidak dapat di kenal pasti.
………
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dibias pemimpin PKR dan DAP susulan video tular memaparkan seorang individu berkata dia seorang terkontang-kanting melawan “puak-puak DAP” dalam usaha melindungi kepentingan Melayu.
Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata “Peja” tidak layak menjadi seorang menteri kerajaan Pakatan Harapan sekiranya beliau menganggap DAP musuh dalam kerajaan Perak.
“Mandat yang dikongsi bersama tidak harus dipertikaikan malah sudah menjadi tugas beliau untuk meyakinkan rakyat akan ketelusan pakatan ini. Mengapa masih mahu mengamalkan politik bersifat perkauman yang jijik di dalam Malaysia Baru?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menyifatkan kandungan video itu sebagai “sangat memalukan”, Farhash berkata berseloroh menghina jemaah menteri kerajaan PH, dan menabur tuduhan terhadap DAP membuktikan beliau tidak layak menjadi menteri besar.
“Sebelum ini saya pelik mengapa para penasihatnya bagaikan tidak melakukan tugas kerana wujud isu tertangguh seperti lantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan di beberapa tempat,” katanya.
Beliau berkata ia juga menjelaskan kenapa wujud isu berkenaan pemberitan kontrak Marris dan pembalakan yang melibatkan hak Orang Asli masih berlarutan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh dari DAP tidak boleh terima kenyataan Faizal yang “mengangkat wakil-wakil pembangkang tetapi memperlekehkan sahabat dalam PH”.
Menggesa Faizal memohon maaf kepada Majlis Presiden PH, Wong berkata tingkah laku Faizal “mengikut rentak pembangkang” gagal menunjukkan integriti yang wajib dipamer seorang pemimpin gabungan itu.
“DAP Perak pada semua masa mendukung muafakat PH,” katanya.
Terdahulu tular video mirip Faizal berkata dia seorang terkontang-kanting melawan “puak-puak DAP”, “nak pertahankan tanah orang Melayu” dan “nak perjuangkan agama kita”.
“Saya buat itu perlahan-lahan, tapi Alhamdulillah…kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya,” katanya video itu.
Presiden PPBM Muhyiddin Yassin petang tadi berpendapat ia bukan isu besar dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Faizal mengenai isu itu.