Wahhhh. Tauke sudah mari.
Jika PPBM menang, DAP cakap mereka akan lantik DAP sebagai wakil untuk berkomunikasi dengan orang Tanjung Piai.
Bagus.
Kan mudah bagi saje kepada BN
Wee Jeck Seng boleh selesai masalah-masalah tu.
……..
Chin Tong bantu atasi masalah komunikasi dengan penduduk jika PH pertahan Tg Piai, kata Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya masalah komunikasi antara penduduk Tanjung Piai berketurunan Cina dengan calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini bukan satu masalah sekiranya gabungan politik itu berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut 16 Nov ini.
Beliau berkata, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan membantu Karmaine berhubung perkara itu.
“Calon PH orang Melayu dan beliau berdepan pesaing berketurunan Cina (Wee Jeck Seng dari MCA), dan sesetengah penduduk berasa mungkin wujud masalah komunikasi jika mereka mahu meminta bantuan.
“Jadi jika ada apa-apa (keperluan), anda boleh menghubungi Chin Tong dan beliau boleh membantu,” kata Lim pada satu ceramah di Pekan Nanas semalam.
“Chin Tong boleh hubungi saya secara langsung dengan telefon,” katanya berseloroh.
Ketika ditemui selepas itu, Liew enggan memberi komen lanjut tentang cadangan Lim mahu melantik beliau sebagai wakil komuniti Cina di Tanjung Piai.
“Bagi pihak kerajaan persekutuan, kami berharap dapat membangunkan sektor pelancongan di Tanjung Piai kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura,” katanya.
Liew adalah seorang senator dan juga timbalan menteri pertahanan.
Dalam perkembangan lain, Lim yang juga menteri kewangan sekali lagi menggesa MCA melepaskan pegangannya ke atas Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
“Kerajaan bukan tidak mahu memberikan dana kepada Utar, tetapi politik dan pendidikan mesti dipisahkan.
“Malah kita merancang untuk memberikan dana sebanyak RM60 juta kepada Utar jika mereka (MCA) melepaskan pegangan mereka,” katanya.
Di bawah Belanjawan 2020, yang dibentang Lim bulan lepas, Utar diberikan peruntukan hanya sebanyak RM1 juta.
Presiden MCA Wee Ka Siong membidas keras keputusan kerajaan tidak memberikan dana kepada TAR UC dengan berkata, langkah itu tidak adil terhadap 28,000 pelajarnya yang terdiri dari keluarga miskin.
Katanya, Utar sebelum ini diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.5 juta.