Bekas pegawai khas ADUN DAP dijel kerana cabul wanita - pakdin.my

GEORGETOWN – Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita berusia 21 tahun dua tahun lepas.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu terhadap L Prem Anand, 52, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Setelah membuat penilaian maksimum terhadap hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan,” katanya yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam dan penjara 12 bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu.

Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, pada kira-kira 11.30 malam, 6 Julai 2017.

Tertuduh yang merupakan bekas pegawai khas ADUN Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shafiq Mohd Sazali memohon hukuman berat atas alasan kesalahan itu adalah satu kesalahan yang berat selain mengambil kira faktor keyakinan awam terhadap keadilan undang-undang.

Peguam E Gnasegaran yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara dengan alasan sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang kes itu berlangsung.

UTAMABERITABekas pegawai khas ADUN DAP dijel kerana cabul wanita

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium