back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Hidung Dr Mahathir berdarah ketika sidang media [Video]

    Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.

    Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan.

    Bagaimanapun selepas beberapa soalan diajukan, perdana menteri kemudiannya dibawa keluar dari majlis terbabit.

    Salah seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri mengesahkan kejadian.

    “Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan.

    “Beliau bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar,” kata pegawai terbabit.

    Bagaimanapun Tun Dr Mahathir dilihat dalam keadaan sihat dan sempat menjenguk pameran kenderaan Biodiesel di PIPOC 2019.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend