[Video] Pekebun ditikam mati - pakdin.my

LELAKI ditemui maut selepas ditikam di dada di Kampung Baru Kundang, di Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui terbaring oleh rakannya jam 8.55 malam.

“Pemeriksaan mendapati mangsa yang juga seorang pekebun cedera di bahagian dada sebelah kiri dipercayai akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

“Susulan itu, kami menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, motif kejadian dipercayai cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita warga Indonesia yang juga rakan suspek.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Polis masih memburu beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Agilan Iswaran, 019-523080.

UTAMABERITA Pekebun ditikam mati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium